Semangat perpaduan teras pembangunan komuniti – Caryle
- nabalunews
- Jul 4
- 1 min read

Oleh Kidd
KOTA BELUD, 4 Julai – Semangat perpaduan, kerjasama dan pemeliharaan warisan budaya menerusi sambutan Kaamatan perlu terus diperkukuhkan dalam kalangan masyarakat sebagai asas pembangunan komuniti yang harmoni.
Setiausaha Politik kepada Timbalan Ketua Menteri III ( SUPOL) Caryle Lajimin berkata, Pesta Kaamatan bukan sekadar sambutan tahunan sebagai tanda kesyukuran atas hasil tuaian, malah menjadi platform memperkukuhkan perpaduan masyarakat.
Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Sambutan Pesta Kaamatan Kampung Lingkubang 2026
di Dewan Serbaguna Kampung Lingkubang, mewakili Timbalan Ketua Menteri III Sabah merangkap Menteri Pembangunan Perindustrian Keusahawanan dan Pengangkutan Sabah serta Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kadamaian, Datuk Ewon Benedick.
Sementara itu, Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga (KRT) yang juga Pengerusi Penganjur Toimah Berukon merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat menjayakan sambutan itu.
Beliau berharap sambutan seumpama itu akan terus menjadi pemangkin kepada usaha memelihara warisan budaya serta menyemai rasa bangga terhadap identiti masyarakat setempat.
Majlis turut dimeriahkan dengan pelbagai acara antaranya persembahan tarian tradisional, pertandingan Mongompuri, peragaan pakaian tradisional kanak-kanak dan wanita terbuka, pertandingan Mangagung serta cabutan bertuah.















Comments