Sembilan daerah di Sabah belum capai 60 peratus vaksinasi lengkapSembilan daerah di Sabah belum capai 60 peratus vaksinasi lengkap
top of page
  • Writer's pictureMarryan Razan

Sembilan daerah di Sabah belum capai 60 peratus vaksinasi lengkap



30 Sept 2021

Oleh Marryan Razan


KOTA KINABALU: Sembilan daerah di Sabah masih belum mencapai kadar 60 peratus vaksinasi lengkap bagi populasi dewasa.


Sehubungan itu, daerah-daerah berkenaan masih dikategorikan sebagai daerah masing-masing dan tidak termasuk dalam pembahagian rentas zon yang berkuatkuasa esok (1 Oktober).


Daerah-daerah itu ialah Kinabatangan, Telupid, Tongod, Sandakan, Kalabakan, Tawau, Papar, Semporna dan Nabawan.


Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata, bermula 1 Oktober, rentas daerah mengikut zon dibenarkan.


Zon 1 ialah Kota Kinabalu, Penampang, Putatan, Tuaran, Ranau dan Kota Belud. Zon 2: Beaufort, Sipitang dan Kuala Penyu, Zon 3: Kudat, Kota Marudu, Pitas dan Beluran, Zon 4 (Lahad Datu dan Kunak) manakala Zon 5 pula ialah Keningau, Tambunan dan Tenom.


Sebelum ini Masidi berkata, kerajaan negeri bersetuju untuk beralih kepada Rentas Zon bermula 1 Oktober ini apabila semua daerah mencapai 60 peratus vaksinasi lengkap bagi penduduk dewasa.


Beliau berkata, peralihan tersebut merupakan peralihan berkala daripada sekatan Rentas Daerah kepada Rentas Zon.


Daerah yang belum mencapai nilai-nilai ambang 60 peratus kadar vaksinasi lengkap akan kekal dengan status 'stand alone district'.

photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page