Sembilan kematian direkodkan akibat Covid-19 di Sabah
top of page
  • Wartawan Nabalu News

Sembilan kematian direkodkan akibat Covid-19 di Sabah



26 Feb 2022

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA KINABALU: Sabah merekodkan sembilan kes kematian disebabkan Covid-19 hari ini.


Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata, dua kes dilaporkan di Tuaran, Tawau dan Papar manakala masing-masing satu kes di Kota Belud, Sandakan serta Keningau.


"Bilangan kematian ini tidak semestinya berlaku dalam tempoh 24 jam ini. Ada kes kematian yang mengambil masa untuk verifikasi dan dilaporkan kemudian daripada tarikh sebenar," katanya dalam kenyataan media, hari ini.


Mengenai bilangan pesakit Covid-19 sembuh, Masidi berkata, seramai 4,402 orang termasuk yang discaj dari hospital/PKRC) pada hari ini, menjadikan jumlah kumulatif 280,112 orang.


"Manakala 2,029 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 1,176 orang di hospital, 783 orang di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) Awam, 69 orang di Pusat Tahanan Sementara (PTS)/ penjara dan satu orang di fasiliti swasta.


"Bilangan pesakit yang memerlukan penjagaan kritikal ialah 72 orang merangkumi 55 di ICU/repurposed kritikal care serta 17 di open ward (HDW/kubikel akut) dan 36 orang lagi memerlukan alat bantuan pernafasan (ventilated).


"Manakala bilangan pesakit stage empat dan lima yang masih belum lengkap vaksin ialah 88 (26.99%)," katanya.


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page