Sembilan lokaliti dikenakan PKPD bermula 19 Ogos iniSembilan lokaliti dikenakan PKPD bermula 19 Ogos ini
top of page
  • Writer's pictureJacquline Ebit

Sembilan lokaliti dikenakan PKPD bermula 19 Ogos ini



17 Ogos 2021 Oleh Jacquline Ebit KOTA KINABALU: Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) akan dilaksanakan di sembilan lokaliti di beberapa daerah bermula 19 Ogos hingga 1 September ini. Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata, daerah-daerah yang terlibat ialah, Kota Belud, Penampang dan Sipitang masing-masing dengan dua lokaliti, manakala satu lokaliti masing-masing di Tawau, Lahad Datu dan Beluran.


"Dua lokaliti yang dikenakan PKPD di Kota Belud ialah Kampung Kuala Abai dan Kampung Payas-payas, dua lokaliti di Penampang melibatkan Beverly Hills Fasa 3 dan Regency Park, manakala dua lokaliti di Sipitang ialah Kampung Iburu dan Kampung Meligan.


"Selebihnya ialah Taman Ria Height di Tawau, Kompleks Baiduri Ayu, FELDA Sahabat 9 di Lahad Datu, dan Perumahan Pekerja Ladang Moynod 1 di Beluran. “Pelaksanaan PKPD di kesemua lokaliti itu dibuat setelah meneliti pembentangan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengenai penilaian risiko serta trend jangkitan Covid-19 di lokaliti berkenaan,” katanya dalam kenyataan media, hari ini. Masidi berkata, secara keseluruhannya terdapat sebanyak 104 lokaliti PKPD aktif di seluruh Sabah setakat hari ini. “Daripada jumlah itu Kota Kinabalu mempunyai PKPD terbanyak iaitu 25 lokaliti, diikuti Tawau (22 lokaliti), dan Tuaran (12 lokaliti). “Daerah-daerah lain mempunyai PKPD aktif kurang daripada 10 lokaliti,” katanya. PKPD di beberapa daerah pula akan ditamatkan pada 18 Ogos seperti yang dijadualkan. "Lokaliti tersebut ialah Kampung Banjar di Keningau, Kem 3 Sibulu di Tenom, Penampang Baru di Penampang, dan Depot Tahanan Imigresen di Tawau," kata Masidi.


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page