top of page
Wartawan Nabalu News

SEMUA ATLET WAJIB JALANI UJIAN TIGA HARI SEBELUM LATIHAN ‘QUARANTINE BASE’



6 Feb 2021


KOTA KINABALU: Semua atlet atau pasukan elit negeri atau kebangsaan di negeri ini yang ingin mengadakan latihan berlandaskan ‘Quarantine Base’ harus memohon kelulusan Majlis Sukan Negeri Sabah (MSNS).


Menteri Belia dan Sukan Sabah Datuk Ellron Angin berkata, ia adalah antara syarat utama sebelum mereka memulakan latihan.


Beliau berkata, ini penting dalam usaha untuk memerangi penularan virus Covid-19 di negeri ini.


“Semua pengurus pasukan juga perlu menyatakan tanggungjawab dan jaminan bertulis keatas pematuhan prosedur operasi standard (SOP), di mana pihak persatuan disaran mewujudkan pasukan atau skuad pemantau untuk menasihati pematuhan SOP oleh setiap individu yang terlibat,” katanya dalam kenyataan akhbar, di sini, hari ini.


Ellron berkata, pihak berkuasa berhak membuat pemantauan pada bila-bila masa dan mengambil tindakan kepada penganjur jika berlaku ketidakpatuhan.


Beliau berkata, semua yang terlibat juga dimestikan menjalani ujian RTK Antigen iaitu tiga hari sebelum memasuki program latihan, kecuali dari Kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).


“Penginapan khusus untuk atlet secara `Quarantine Base’ perlu disediakan pihak penganjur di mana pusat penginapan itu tidak terdedah dengan aktiviti awam dan semua peserta tidak dibenar berinteraksi dengan individu dari luar termasuk ahli keluarga mereka sepanjang berada di bawah Latihan `Quarantine Base’, tiada lawatan dari luar diterima.


“Pastikan penyediaan cecair pembasmi kuman tangan (hand sanitizer) di tempat-tempat yang kerap digunakan seperti tempat duduk, surau, bas pasukan, bangku simpanan pemain dan sebagainya.

“Pastikan jadual latihan yang terhad bagi memastikan bilangan atlet yang minima, serta tatacara pengendalian kes kecemasan harus disediakan,” katanya.


Ellron berkata, pematuhan SOP termasuk pendaftaran MySejahtera / SabahTrace, mengambil bacaan suhu badan, pemakaian pelitup muka, pengunaan cecair pembasmi kuman tangan dan penjarakan sosial perlu untuk setiap kali pergerakan.


Katanya, buat masa ini, hanya kategori Sukan Prestasi Tinggi dibenarkan untuk menjalankan latihan.


“Ini termasuk atlet Sukan Malaysia (Sukma), atlet PARA Sukma, Sekolah Sukan Malaysia Sabah (SSMS) dan semua atlet dibawah program Majlis Sukan Negara.


“Semua atlet elit ini perlu memastikan mereka membawa bersama Surat Lantikan Atlet,” katanya.


Ellron berkata, sukan individu prestasi tinggi yang dibenarkan ialah Sukan Elektronik, Olahraga, Angkat Berat, Berbasikal, Boling Padang, Tenpin Boling, Memanah, Gimnastik, Golf, Pencak Silat, Perahu Layar, Skuasy, Badminton, Petanque, Kanu, Tenis, Judo, Karate, Tinju dan MuayThai.


Manakala Sukan Berpasukan prestasi tinggi yang dibenarkan pula ialah Sukan Hoki, Bola Keranjang, Bola Jaring, Bola Tampar, Ragbi, Sepak Takraw dan Bola Sepak.


Selain itu katanya, pelaksanaan semua SOP di pusat latihan perlu dipatuhi sepenuhnya.


“Ini termasuk pendaftaran MySejahtera/SabahTrace atau buku catatan kehadiran, penyediaan cecair pembasmi kuman di semua pintu masuk, imbasan suhu untuk semua pengguna, menyahkuman semua peralatan sebelum, setiap kali selepas penggunan dan selepas operasi.


“Tiada perkongsian peralatan termasuk gelas, tuala dan `exercise mat’,” katanta.


Keterangan lanjut berkenaan SOP Sukan dan Rekreasi, hubungi Pengarah MSN Sabah Mohd Asneh Mohd Noor ditalian 013-8703107, Valerie Wong (019-8808198) atau Desmond Qwek (014-8675666).


Comments


bottom of page