top of page

Tuubagu Football Academy Penampang Juara Mazumax Grassroot Cup

  • nabalunews
  • 3 days ago
  • 2 min read

ree

17 Disember 2025


KOTA KINABALU: Pasukan Tuubagu Football Academy Penampang menjuarai Mazumax Grassroot Cup selepas berjaya menewaskan Akademi Al-Mujaahidun FA dari Negara Brunei Darul Salam.


Kejayaan membanggakan itu berjaya dicapai selepas mempamerkan aksi cemerlang menewaskan Al-Mujaahidun FA dengan jaringan 1-0.


Jurulatih pasukan, Freddy Pamaas berkata, kejayaan itu hasil kerja keras berpasukan, disiplin tinggi serta bimbingan berterusan barisan jurulatih yang komited dalam membangunkan bakat bola sepak di peringkat akar umbi.

ree

Katanya, pemain muda Tuubagu FA juga menunjukkan semangat juang tinggi dan kematangan permainan walaupun berdepan saingan sengit daripada akademi-akademi lain.


“Kemenangan ini menjadi bukti bahawa pembangunan bola sepak di peringkat akar umbi mampu melahirkan pemain berkualiti jika diberi pendedahan dan latihan yang konsisten.


“Kejayaan ini adalah milik semua pemain, pengurusan pasukan, jurulatih, ibu bapa serta penyokong yang sentiasa memberi sokongan tidak berbelah bahagi,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

ree

Tuubagu Football Academy telah ditubuhkan sejak 6 tahun lalu dengan memfokuskan program pembangunan diperingkat akar umbi.


Sementara itu, seorang lagi jurulatih Tuubagu FA, Niko Abin berkata, kemenangan ini diharap menjadi pemangkin kepada Tuubagu Football Academy untuk terus mencungkil dan melahirkan lebih ramai bakat muda sekali gus menyumbang kepada kemajuan bola sepak Sabah pada masa hadapan.


Katanya, beberapa pemain dari Akademi ini telah terpilih untuk mewakili Sekolah Sukan Negeri dan akademi memberi ruang untuk pemain mendapatkan asas sebelum ke peringkat yang lebih jauh.

ree

“Akademi juga mempunyai barisan Jurulatih yang bertauliah dan sentiasa memberi ruang jurulatih untuk mendapatkan kursus untuk meningkatkan kefahaman teknikal dalam kejurulatihan Bolasepak akar umbi,” katanya.


Berikut adalah keputusan penuh Mazumax Grassroot Cup.


Under 9


1. Intan Cuisine FT

2. ⁠SK Lok Yuk Likas

3. ⁠Ratsel FT


Under 11


1. Super Kids

2. ⁠Sabah Kids

3. ⁠SK Likas


Under 13


1. Tuubagu FA

2. Al-Mujaahidun FA (A)

3. Miruru FC

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page