Semua daerah di Sabah zon merah covid, kecuali Nabawan
top of page
  • Writer's pictureMarryan Razan

Semua daerah di Sabah zon merah covid, kecuali Nabawan


7 Ogos 2021 Oleh Marryan Razan KOTA KINABALU: Semua daerah di Sabah kini dalam zon merah Covid-19 kecuali Nabawan yang masih dikategorikan Zon Jingga. Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata, seluruh daerah di negeri ini mencatatkan perubahan angka kes positif Covid-19 yang terus meningkat. “Dengan jumlah 618 kes daripada Saringan Kontak Rapat pada hari ini, dapat disimpulkan masih terdapat keberangkalian tinggi berlakunya aktiviti ketidakpatuhan SOP,” katanya dalam kenyataan media, hari ini. Masidi berkata, kes terkumpul dalam tempoh 14 hari (24 Julai hingga 6 Ogos) di Sabah ialah sebanyak 13,362 kes. Beliau berkata daerah yang mencatatkan kes terkumpul paling tinggi ialah Kota Kinabalu sebanyak 2,868 kes, diikuti Tawau (1,443), Tuaran (1,125) dan Penampang (1,116). “Sandakan pula mencatatkan kes terkumpul dalam tempoh 14 hari sebanyak 765 kes, Beaufort (707), Keningau (646), Papar (625), Sipitang (427), Kinabatangan (380), Beluran (359) dan Kalabakan (310 kes),” katanya. Masidi berkata, daerah-daerah lain mencatatkan kes terkumpul dari 24 Julai hingga 6 Ogos di bawah 200 kes.

photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page