top of page

SEMUA PIHAK BERPERANAN BENDUNG PENULARAN COVID-19: EWON

  • nabalunews
  • Oct 14, 2020
  • 1 min read

EWON BENEDICK

14 OKTOBER 2020


WARTAWAN NABALU NEWS

KOTA KINABALU: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kadamaian Datuk Ewon Benedick menyarankan rakyat Sabah supaya mematuhi arahan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPK) bagi memutuskan rantaian jangkitan Covid-19.

Beliau berkata, ketika barisan hadapan negara memikirkan pelbagai kaedah dan strategi bagi membendung penularan wabak Covid-19, orang ramai juga perlu memainkan peranan untuk mematuhi SOP yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan,

“Saya percaya dengan adanya kerjasama semua pihak mematuhi arahan PKPB dan SOP yang ditetapkan dapat mengurangkan kes-kes jangkitan seterusnya memutuskan rangkaian Covid-19.

“Sama-sama kita mengingatkan diri sendiri supaya sentiasa mengamalkan norma baharu dan kawalan kendiri setiap masa untuk kekal selamat, seperti pemakaian pelitup muka di tempat awam, penjarakan fizikal, kerap mencuci tangan dengan sabun atau hand sanitizer,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengulas pelaksanaan PKPB di seluruh Sabah berkuatkuasa kelmarin hingga 26 Oktober ini.

Pelaksanaan PKPB itu susulan peningkatan kes-kes positif di Sabah. Sebelum ini beberapa daerah di Sabah telahpun dilaksanakan PKPB iaitu di Lahad Datu, Tawau, Kunak dan Semporna, Kota Kinabalu, Penampang dan Putatan serta beberapa lokaliti lagi telah dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

Selain itu, Kawalan Rentas Daerah di seluruh Sabah juga dikuatkuasakan sejak 3 Oktober lalu. Rentas daerah dibenarkan kepada kakitangan kerajaan.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page