top of page

Seorang maut, lima cedera dalam kemalangan tiga kenderaan di Jalan Tenghilan

  • nabalunews
  • Mar 31
  • 1 min read

31 Mac 2025


TUARAN: Seorang lelaki maut, manakala lima lagi cedera dalam kemalangan membabitkan tiga buah kenderaan di Kampung Nouga, Jalan Tenghilan Tuaran, petang tadi.


Menurut Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Sabah, panggilan kecemasan diterima pada jam 3:33 petang sebelum pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tuaran dikejarkan ke lokasi sejauh 17 kilometer dan tiba pada jam 3:53 petang.


Komander Operasi, PBK II KUP Dendrell Jauli, berkata kemalangan itu melibatkan Perodua Bezza, Perodua Viva, dan Mitsubishi Triton.


“Terdapat 11 mangsa terlibat. Lima mangsa dari Mitsubishi Triton mengalami kecederaan namun berjaya keluar sendiri, manakala lima mangsa dari Perodua Axia tidak mengalami kecederaan.


“Seorang mangsa lelaki berusia 20 tahun yang tersepit dalam Perodua Bezza berjaya dikeluarkan oleh Pasukan Bomba, namun disahkan meninggal dunia di lokasi oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM),” katanya dalam satu kenyataan.


Mayat mangsa kemudian diserahkan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk tindakan lanjut.


Operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 4:55 petang selepas pihak bomba memastikan keadaan selamat sebelum kembali ke balai.

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page