top of page
  • Wartawan Nabalu News

Shahelmey sampaikan penghargaan kepada anak yatim, media


8 April 2023

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA KINABALU: Sebanyak 40 penghuni Rumah Anak Yatim As-Sakinah menerima santunan daripada Timbalan Ketua Menteri III, Datuk Ir Shahelmey Yahya dalam Majlis Iftar Ramadhan yang diadakan pada Jumaat.


Dalam majlis itu, beliau turut berkesempatan menyantuni rakan-rakan media dan Sukarelawan Pusat Khidmat DUN 24 (OCN24).


Shahelmey yang juga merupakan Ahli Parlimen Putatan berkata beliau menghargai kerjasama dan silaturahim yang terjalin di antara pihaknya dengan media dan warga kerja Pusat Khidmat DUN 24 (OCN24).


Beliau berharap agar hubungan tersebut dapat diteruskan sebagai satu pasukan dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada masyarakat.


Pada masa yang sama, Shahelmey turut menyampaikan sumbangan Aidilfitri berupa kuih raya dan kurma kepada anak yatim dan rakan-rakan media sebagai tanda penghargaan dan sokongan.



Majlis itu turut dihadiri oleh isteri beliau, Datin Dayang Siti Nur Hayyat Ag Mohd Saufi, Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Keramat dan Ahli Parlimen Putatan, Setiausaha Politik Kementerian Kerja Raya, Mohd. Suffian @ Eddie Matin dan Presiden Persatuan Wartawan Sabah, Datuk Muguntan Vanar.


Kommentare


bottom of page