top of page

Shamsul Anuar letak jawatan sebagai Menteri Tenaga dan Sumber Asli

  • Writer: Ilona Andrew
    Ilona Andrew
  • Aug 3, 2021
  • 1 min read


3 Ogos 2021

Oleh Ilona Andrew


KUALA LUMPUR: Ahli Umno Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah telah meletak jawatan sebagai Menteri Tenaga dan Sumber Asli.


Dalam kenyataannya hari ini, beliau berkata tindakan itu itu mengambil kira beberapa keputusan dan pendirian partinya.


"Maka, sebagai ahli Umbo yang patuh dan setia kepada parti, saya meletak jawatan sebagai Ahli Jemaah Menteri Kerajaan Persekutuan.


"Tumpuan saya selepas ini ialah memberikan fokus kepada tugas sebagai Ahli Parlimen Lenggong dan membantu memperkuat parti dalam menghadapi situasi politik yang semakin mencabar," katanya.


Shamsul merupakan ahli Umno yang pertama menarik diri dari kabinet Perikatan Nasional.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page