top of page

SHG bebaskan Tujuh Prospek Dibawah PBSL

  • nabalunews
  • Aug 29
  • 2 min read

Sharudin bersama pegawai-pegawai SHG dan Parol merakamkan gambar kenangan bersama prospek yang dibebaskan dibawah program PBSL.
Sharudin bersama pegawai-pegawai SHG dan Parol merakamkan gambar kenangan bersama prospek yang dibebaskan dibawah program PBSL.

29 Ogos 2025


KENINGAU: Sekolah Henry Gurney (SHG) Keningau, di sini, membebaskan tujuh prospek dibawah pelaksanaan Program Pembebasan Banduan Secara Lesen (PBSL) Madani Yakin: Kepulangan Yang Dinanti, sempena sambutan Hari Kemerdekaan ke-68 dan Hari Malaysia 2025.


Daripada bilangan itu lima prospek PBSL dan dua prospek Parol di mana dua prospek ditempatkan di Pejabat Parol dan Perkhidmatan Komuniti Pejabat Parol Daerah (PPD) Pedalaman, dua prospek di PPD Pantai Barat dan seorang prospek di PPD Kota Belud.


Sementara itu bagi prospek Parol dua prospek terlibat masing-masing dibawah seliaan PPD Tawau dan PPD Sandakan

Prospek yang dibebas secara PBSL keluar dari tembok.
Prospek yang dibebas secara PBSL keluar dari tembok.

Program ini merupakan inisiatif dibawah gagasan Malaysia MADANI, yang bertujuan memberi peluang kedua kepada banduan yang telah menunjukkan perubahan positif dan telah memenuhi syarat pelepasan sepanjang menjalani tempoh pemulihan.


Pelaksanaan program ini juga memberi makna yang besar dalam menyemai semangat patriotisme serta memberi dorongan kepada peserta (prospek) untuk kembali menyumbang kepada masyarakat.


Majlis pelepasan ini telah disempurnakan oleh Timbalan Pengarah Sekolah Henry Gurney Keningau dan dihadiri oleh TPP Sharudin Tahir yang juga Ketua Bahagian Korektif Penjara Keningau.


Sharudin dalam ucapannya berkata, program ini bukan sahaja menandakan permulaan baharu bagi para prospek, malah menyampaikan mesej bahawa sistem pemulihan negara kini lebih bersifat inklusif, progresif, dan berlandaskan nilai kemanusiaan.


Beliau turut menekankan bahawa peluang yang diberikan ini adalah satu amanah yang harus dijaga dengan penuh tanggungjawab oleh para prospek.


"Inisiatif seperti ini akan terus diperluaskan sebagai sebahagian daripada pendekatan pembetulan moden di bawah kerangka Malaysia MADANI, dengan sokongan masyarakat sebagai rakan pemulihan" jelasnya.


“Kepulangan Yang Dinanti” ini diharapkan mampu menjadi pemangkin semangat kepada semua prospek agar mereka terus berusaha memperbaiki diri serta menghargai kebebasan yang diperoleh menjelang sambutan kemerdekaan.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page