SHG Keningau bebaskan lima Prospek dibawah program PBSL
- nabalunews
- 8h
- 1 min read

27 Mei 2025
KENINGAU: Sempena sambutan bulan Pesta Kaamatan tahun ini Sekolah Henry Gurney (SHG) Keningau membebaskan lima Prospek dibawah program Pelepasan Banduan Secara Lesen (PBSL) Ihsan Madani “Kepulangan Yang Dinanti”.
Pelepasan Prospek disempurnakan oleh Pengarah Sekolah Henry Gurney Keningau PKP Sirajuddin Abdul Majid dalam satu majlis ringkas di dewan Kristal sekolah itu.
Sirajuddin berkata, tiga daripadanya akan ditempatkan bekerja dengan majikan dan dua akan dilepaskan bersama keluarga.
Katanya, pelepasan Madani Sempena Pesta Kaamatan tahun 2025 ini adalah satu titik mula lembaran baru kepada Prospek menjadi insan yang berguna dan mampu menyumbang kejayaan kepada Negara.
Pada masa sama beliau berharap agar para Prospek yang dibebaskan jangan sia-siakan peluang yang diberikan untuk insaf dan menjalani kehidupan bersama masyarakat.
"Gunakan pengalaman dan pengetahuan yang diperolehi terutama dalam bidang pertanian yang telah dipelajari semasa berada dalam tembok" katanya memberi suntikan kepada Prospek.
Sempena majlis itu Sirajuddin telah menyampaikan zakat kepada Prospek terlibat bagi tujuan memberi suntikan semangat kepada mereka agar menjalani pemulihan bersama komuniti dengan penuh keyakinan.
Turut hadir pada majlis ini, Timbalan Pengarah Sekolah Henry Gurney Keningau Johari Bin Chok Tang, Timbalan Penguasa Penjara Sharudin bin Tahir Ketua Bahagian Korektif Sekolah Henry Gurney Keningau dan juga Ketua Inspektor Penjara Stanley Jumin Ketua Pejabat Parol dan Perkhidmatan Komuniti Daerah Keningau.