top of page

Sindiket Penipuan Menyamar Rakan, Keluarga Kian Licik – PDRM

  • nabalunews
  • Apr 23
  • 1 min read

Oleh : Romie Stanley DGuns


23 April 2026


KOTA BELUD: Orang ramai dinasihatkan supaya tidak sesekali memindahkan wang tanpa pengesahan sahih susulan sindiket penipuan yang menyamar sebagai rakan atau ahli keluarga menggunakan nombor telefon baharu semakin licik, menurut Polis Diraja Malaysia (PDRM).


Mangsa sering terpedaya dengan mesej seperti "Ini nombor baru saya", "Saya perlukan bantuan segera", atau "Transfer dulu, nanti saya bayar balik". Sindiket ini hanya mengambil masa beberapa minit untuk menipu, manakala mangsa menanggung kerugian seumur hidup.


Pihak berkuasa menggesa individu supaya tidak bertindak panik atau terus percaya terhadap mesej tersebut. Sebaliknya, hubungi nombor lama saudara atau rakan berkenaan untuk pengesahan. Tindakan menyemak dengan ahli keluarga lain amat digalakkan sebelum sebarang transaksi wang dilakukan.


Ibupejabat Polis Daerah (IPD) Kota Belud dalam hantaran perkongsiannya di halaman facebook turut mengingatkan agar maklumat ini disebarluaskan supaya lebih ramai tidak menjadi mangsa.


Sebarang aktiviti mencurigakan hendaklah dilaporkan segera kepada PDRM.

 
 
 

1 Comment


KennyShang
KennyShang
Apr 23

The Royal Malaysia Police (PDRM) has issued warnings regarding increasingly sophisticated syndicates that use social engineering to impersonate friends or family members and defraud unsuspecting victims. I often use snapinsta to save creative DIY decor tutorials because it is super quick and simple to use.

Like
photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page