SKM Sabah terima kunjungan hormat Kopeks
top of page
  • Wartawan Nabalu News

SKM Sabah terima kunjungan hormat Kopeks


17 Januari 2024

Oleh Wartawan Nabalu News


KUALA LUMPUR: Koperasi Pekerja-Pekerja Kerajaan Sabah Berhad (Kopeks) telah mengadakan kunjungan hormat kepada Pengarah Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Negeri Sabah, Matias Kundapin, di pejabat SKM, baru-baru ini.


Lawatan tersebut diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kopeks  Dr Saat Ag Damit, Buvill Angkui dan barisan lembaga baharu Kopeks.


Dalam lawatan itu, Saat telah memberitahu Matias mengenai pelan perniagaan Kopeks bagi tahun 2024, untuk meningkatkan kemudahan pembiayaan kepada anggota dan menambah program kebajikan anggota.


“Untuk itu satu Jawatankuasa Bersama Anggota dan Jabatan telah ditubuhkan. Keahlian adalah daripada kalangan anggota koperasi daripada pelbagai jabatan dan sektor serta majikan di Sabah.


“Tujuan utama ialah untuk merapatkan lagi hubungan baik antara lembaga dan pengurusan koperasi dengan anggota, selain menyalurkan maklumat dengan lebih cepat dan berkesan serta menggalakkan kemasukan anggota baharu, ” katanya lapor Utusan Borneo.


Turut hadir dalam kunjungan hormat itu ialah Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kopeks, Buvill Angkui, Setiausaha Kopeks, Nismah Kanak, Bendahari Kopeks, Awg Azmee, Lembaga Kopeks, Sulaiman Awang, Abd Ghafur Yaacub dan Jaibit Joudin, serta Timbalan CEO Kopeks, Yusrina Rita Rantian.


Setakat ini, jumlah keanggotaan Kopeks yang pada ketika ini adalah 6,000 ahli dan menyasarkan untuk menambah keahlian dengan sasaran seramai 15,000 ahli dalam tempoh 36 bulan.


Dalam pada itu, Pengarah SKM, Matias Kundapin, turut memuji pencapaian Kopeks dalam mengurus kewangan dan akaun tahun 2021 dan menduduki tangga ke-54 dalam senarai Indeks 100 Koperasi Terbaik seluruh negara.


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page