top of page

SKM sumbangkan peralatan sistem siar raya kepada SK Inanam Laut

  • nabalunews
  • Nov 15, 2024
  • 1 min read


SKM sumbangkan peralatan sistem siar raya kepada SK Inanam LautSKM sumbangkan peralatan sistem siar raya kepada SK Inanam Laut


15 November 2024


KOTA KINABALU : Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) diteruskan dengan membantu murid-murid Sekolah Kebangsaan (SK) Inanam Laut menerusi penyampaian

sumbangan berupa peralatan sistem siar raya untuk menyokong pembangunan pendidikan di sekolah tersebut.


Sumbangan disampaikan oleh Ahli Lembaga Pengarah SKM, Datuk Wong Thien Fook yang juga Ketua Bahagian Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) Sepanggar kepada

Guru Besar SK Inanam Laut, Md Arif Sulaiman.


Pada majlis penyerahan tersebut, Wong turut menyatakan harapannya agar sumbangan ini dapat membantu meningkatkan keberkesanan komunikasi dan interaksi dalam pelbagai acara sekolah.


Beliau juga menekankan kepentingan kerjasama antara komuniti setempat, pihak sekolah, dan pelbagai agensi dalam memastikan generasi muda mendapat peluang pendidikan yang terbaik.


Wong berharap semoga sumbangan ini menjadi pemangkin kepada peningkatan mutu pendidikan dan suasana pembelajaran yang lebih kondusif di SK Inanam Laut demi manfaat generasi akan datang.


Peralatan sistem siar raya ini dijangka memberi faedah besar kepada pihak sekolah, khususnya dalam mempermudahkan pelaksanaan program-program pendidikan, kokurikulum, dan aktiviti rasmi sekolah.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page