SOP bagi individu lengkap vaksinasi tidak bersesuaianSOP bagi individu lengkap vaksinasi tidak bersesuaian
top of page
  • nabalunews

SOP bagi individu lengkap vaksinasi tidak bersesuaian


13 Ogos 2021


Kita memahami tentang keperluan untuk membuat satu SOP yang bersesuaian untuk mengawal penularan wabak Covid-19. Namun ada juga keperluan untuk memahami samada SOP-SOP yang dibuat ada mempertimbangkan perkara-perkara yang bukan dalam kawalan rakyat seperti menerima 2 dos lengkap.


(1) Adakah pihak kerajaan mempertimbangkan bahawa masih ramai rakyat Sabah yang belum menerima 2 Dos Vaksin kerana jumlah vaksin yang diberikan oleh pihak kerajaan lambat atau masih tidak mencukupi dan ianya adalah diluar kawalan rakyat yang masih ramai menunggu?


(2) Bagaimana pula jika tidak ada seorang pun dari isi rumah tersebut masih belum menerima 2 dos Vaksin kerana masih menunggu untuk dipanggil yang mana ini bukan dalam kawalan mereka, Tetapi perlu keluar ke pasaraya/supermarket untuk membeli barangan keperluan harian?


(3) Adakah sudah wujud satu undang2 yang memastikan seseorang itu mesti menerima vaksin? Kita faham bahawa tindakan ini mungkin untuk mengalakkan mereka yang "anti-vaccine" untuk mengambil vaccine. Namun terdapat juga mereka yang mempunyai tahap kesihatan yang mana kesan sampingan yang serius terhadap penerimaan vaksin adalah berbeza daripada individu yang lain.


(4) Berdasarkan kepada laporan akhbar ini kes-kes atau cluster baru yang banyak timbul adalah daripada sektor2 lain. Bukankah perlu pihak kerajaan untuk melihat data ini dan membuat satu SOP yang lebih effektif dan khusus kepada sektor ini?


NELSON W. ANGANG

SETIAUSAHA AGUNG

UPKO

bottom of page