top of page
nabalunews

SOP baharu kemasukan individu dari Singapura ke Sabah – Masidi


31 March 2022

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA KINABALU: Pengembara dari Singapura tidak perlu lagi menjalani ujian RTK-Antigen (RTK-Ag) apabila tiba di Sabah, kata Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun.


Walau bagaimanapun, individu yang transit melalui Singapura untuk memasuki Sabah masih perlu mengambil ujian RTK-Ag semasa ketibaan.


“Sementara itu, pelancong asing lain masih perlu menjalani ujian RT-PCR atau RTK-Ag dan telah disahkan negative oleh kakitangan penjagaan kesihatan yang berkelayakan dua hari sebelum berlepas, sebelum pelepasan imigresen di mana-mana pintu masuk di Sabah,” katanya dalam satu kenyataan.


Jelas Masidi, individu yang menunjukkan keputusan daripada kit ujian kendiri Covid-19 adalah tidak dibenarkan sama sekali.


Terdahulu, Masidi mengumumkan bahawa warga Malaysia atau warga asing yang telah divaksin sepenuhnya ke Sabah tidak lagi perlu dikuarantin mulai esok.


Selain itu, antara standard operasi posedur (SOP) yang juga dikenakan kepada semua pengembara ialah mereka mesti memuat turun, mendaftar dan mengaktifkan aplikasi MySejahtera serta melengkapkan akuan perjalanan yang merangkumi butiran vaksinasi mereka.



Yorumlar


bottom of page