SOP pengebumian, penghormatan terakhir di rumah ibadat bukan IslamSOP pengebumian, penghormatan terakhir di rumah ibadat bukan Islam
top of page
  • Writer's pictureMarryan Razan

SOP pengebumian, penghormatan terakhir di rumah ibadat bukan Islam



14 Oktober 2021

Oleh Marryan Razan


KOTA KINABALU: Prosedur Operasi Standard (SOP) pengurusan pengebumian dan penghormatan terakhir di rumah ibadat bukan Islam dan funeral parlour semasa Pelan Pemulihan Negara (PPN) Fasa 2 dikemaskini, berkuatkuasa esok (15 Oktober).


Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata, ahli keluarga dan ahli jawatankuasa pengurusan yang menghidap penyakit kronik tidak dibenarkan hadir.


Katanya, kanak-kanak di bawah umur 12 tahun juga tidak digalakkan hadir.


“Antiviti yang tidak dibenarkan ialah tidak boleh bersalaman dan bersentuhan, upacara perarakan beramai-ramai, majlis makan minum di rumah dan aktiviti sosial komuniti tidak dibenarkan,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.


Masidi berkata, kehadiran orang ramai mesti direkodkan menggunakan aplikasi MySejahtera/ SabahTrace atau dalam buku log kehadiran, menyediakan kaunter di pintu masuk bagi memastikan suhu badan, menggunakan hand sanitizer dan rekod kehadiran.


“Diwajibkan memakai pelitup muka sepanjang masa dan kerap membersihkan tangan dengan hand sanitizer atau sabun dan air, kerap melakukan pembersihan dan disinfeksi permukaan yang kerap disentuh, ruang ibadat dan peralatan sambahyang.


“Menyusun dan membuat penandaan jarak kedudukan ahli keluarga serta ahli jawatankuasa pengurusan dalam dewan dan ruang ibadat sekurang-kurangnya satu meter,” katanya.

photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page