SOP terkini fasiliti sukan di Sabah SOP terkini fasiliti sukan di Sabah
top of page
  • Wartawan Nabalu News

SOP terkini fasiliti sukan di Sabah


19 Okt 2021

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA KINABALU: Fasiliti sukan kini dibuka bagi kanak-kanak di bawah 12 tahun dan dan remaja berumur 12 hingga 18 tahun yang sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.


Namun kanak-kanak di bawah 12 tahun perlu ditemani ibubapa yang telah lengkap divaksin untuk membenarkannya menggunakan fasiliti sukan, kata Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Masidi Manjun.


Menurutnya, pengoperasian fasiliti sukan dan rekreasi komersial dan separa terbuka termasuk kolam renang, premis sukan dan rekreasi air komersial juga dibenarkan dengan pematuhan kepada 60 peratus kapasiti kawasan dengan kawalan penyeliaan.


Bagaimanapun, penggunaan fasiliti sukan dan rekreasi komersial tersebut adalah secara tempahan sahaja (walk-in tidak dibenarkan) dan dengan syarat semua pekerja dan pengunjung telah lengkap divaksin.


Tambah Masidi, kehadiran penonton ke tempat perlawanan sukan dan rekreasi dibenarkan dengan had pengunjung adalah sebanyak 30 peratus kapasiti kawasan.


Kesemua penonton hendaklah lengkap divaksin, memakai pelitup muka sepanjang perlawanan serta tiada aktiviti makan minum sepanjang berada di stadium.

bottom of page