top of page

Taktik Terjun Laut Gagal, Rokok Seludup Bernilai Rm70,000 Dirampas

  • nabalunews
  • 2 hours ago
  • 1 min read

26 April 2026


SEMPORNA: Cubaan nekad penyeludup meloloskan diri dengan terjun ke laut tidak berhasil apabila lebih 100,000 batang rokok seludup bernilai kira-kira RM70,000 berjaya dirampas dalam operasi di perairan Tanjung Sironggol, awal pagi tadi.


Rampasan dilakukan hasil kerjasama Maritim Malaysia Zon Maritim Semporna bersama Cawangan Khas IPD Semporna menerusi rondaan Bot Cenderawasih 09 dalam Op Khas Cegah PATI (OCP) Covid-19 Sektor Timur dan Op Tiris 4.0 (Bersepadu).


Dalam operasi sekitar jam 1.30 hingga 1.40 pagi itu, pasukan operasi berjaya mengesan dua bot enjin sangkut bergerak mencurigakan pada jarak 0.5 dan 0.6 batu nautika tenggara Tanjung Sironggol.

Menyedari kehadiran pihak berkuasa, suspek bertindak terjun ke laut dan melarikan diri ke kawasan cetek, meninggalkan bot bersama muatan.


Pemeriksaan menemukan tujuh kotak mengandungi rokok seludup pelbagai jenama, dengan nilai keseluruhan rampasan dianggarkan RM69,800 termasuk dua bot dan enjin sangkut Yamaha 40hp dan siasatan dijalankan di bawah Akta Kastam 1967.

Maritim Malaysia menegaskan komitmen berterusan memperkukuh kawalan sempadan perairan negara bagi mengekang jenayah rentas sempadan termasuk penyeludupan dan kemasukan PATI.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page