top of page

SPM 2024: Pelajar peroleh 10A mohon matrikulasi akan dapat tempat

  • nabalunews
  • 1 day ago
  • 1 min read

Updated: 1 day ago


25 Jun 2025


PUTRAJAYA: Semua pelajar cemerlang yang memperoleh keputusan 10A dan ke atas dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024 dan memohon Program Matrikulasi akan mendapat tempat tanpa mengira kaum atau latar belakang.


Kementerian Pendidikan (KPM) dalam kenyataan yang dikeluarkan memaklumkan, ketetapan itu dipersetujui dalam mesyuarat jemaah menteri hari ini.


"Ini termasuk pelajar yang mendapat 10A dan terdapat keputusan mata pelajaran A-.


"Dasar ini sama seperti yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada tahun lalu,” menurut kenyataan itu.


KPM menjelaskan ketetapan tersebut dibuat buat bagi memastikan semua pelajar cemerlang 10A dalam SPM 2024 mendapat peluang untuk melanjutkan pengajian.


Pada masa sama kuota bumiputera sedia ada bagi Program Matrikulasi kekal tidak terjejas.


"Kerajaan MADANI akan terus memastikan akses pendidikan dapat dipertingkatkan demi manfaat semua pelajar yang merupakan masa hadapan negara," tambah kenyataan itu.


Keputusan SPM bagi tahun 2024 menunjukkan seramai 14,179 calon berjaya memperoleh keputusan cemerlang gred A+, A, dan A- dalam semua mata pelajaran.

Kommentare


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page