top of page

STEM, Usahawan dan Patriotisme Pacu Malaysia MADANI di SK Melangkap

  • nabalunews
  • Sep 12
  • 1 min read

ree

11 September 2025


KOTA BELUD: Penutupan rasmi Karnival Kemerdekaan & Keusahawanan Sekolah Kebangsaan (SK) Melangkap 2025 telah disempurnakan oleh Pemaju Mukim Anichlose Kesimin yang mewakili Datuk Ewon Benedick, Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N11 Kadamaian, pagi tadi.


Karnival yang bertemakan “STEM, Usahawan dan Patriotisme: Pemacu Malaysia MADANI” telah berlangsung selama dua minggu, bermula dari 29 Ogos hingga 11 September 2025, bertempat di 8K SK Melangkap, Kota Belud. Majlis penutupan diadakan bermula jam 7.30 pagi hingga 12.40 tengah hari dengan penglibatan penuh warga sekolah, ibu bapa serta komuniti setempat.


Program anjuran Unit Kurikulum 8K SK Melangkap ini bertujuan memupuk minat mendalam murid terhadap bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM), di samping memperkenalkan asas keusahawanan dan kemahiran abad ke-21. Ia turut memberi penekanan terhadap penanaman semangat patriotisme serta pembelajaran berfokus dan merentas kurikulum.

ree

Seramai 174 murid daripada pelbagai peringkat — pra sekolah, tahap satu dan tahap dua — terlibat dalam pelbagai aktiviti menarik yang diatur mengikut kategori dan panitia masing-masing bagi memastikan pelaksanaan yang lebih tersusun dan berkesan.

Pendekatan ini juga dilihat berjaya memperkukuh hubungan kolaboratif antara sekolah, ibu bapa dan komuniti.

ree

Program ini diharap dapat melatih murid menjadi warga yang seimbang dan produktif selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page