top of page
  • Wartawan Nabalu News

STOK DARAH DI SABAH MENURUN, ORANG RAMAI DIGALAK DERMA DARAH


Gambar Hiasan

8 Mei 2021

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA KINABALU: Stok darah di Sabah dianggarkan merosot sebanyak 20 peratus berikutan pembatalan lebih 200 kempen derma darah melibatkan sasaran awal 6,000 pendermaaan.


Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata, penyusutan tersebut perlu diatasi dengan kadar segera agar stok bekalan darah untuk pesakit tidak mencecah paras kritikal yang boleh menjejaskan perawatan pesakit.



Sehubungan itu beliau menggalakkan masyarakat supaya menderma daerah kepada Tabung Darah Sabah.


“Sejak gelombang ketiga jangkitan Covid-19, aktiviti derma darah di Sabah telah menurun. Isu ini semakin meruncing pada bulan Ramadhan dan dijangka berlanjutan sehingga Pesta Kaamatan.


“Walaupun hospital KKM di seluruh Sabah telah mengambil langkah berjaga-jaga, namun Pelaksanaan Perintah-Perintah Kawalan Pergerakan (PKP, PKPB dan PKPP) memberi impak kepada stok bekalan darah sedia ada,” katanya dalam kenyataan akhbar, di sini, hari ini.


Masidi berkata, perkhidmatan perubatan tranfusi negeri Sabah kini menyasarkan kutipan 1,800 penderma seminggu bagi menampung keperluan dan berada di paras selamat.


“Oleh itu, Kerajaan Negeri menyeru serta menggalakkan seluruh rakyat Sabah untuk menderma darah dengan menghubungi tabung tabung darah terdekat.



Comments


bottom of page