top of page

Suara wanita perlu didengari dalam dasar negara – Raja Permaisuri Agong

  • nabalunews
  • Aug 25, 2025
  • 2 min read

25 Ogos 2025


KUALA LUMPUR: Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah, bertitah agar suara wanita di Malaysia didengari dan diambil kira di peringkat tertinggi dalam penggubalan dasar serta proses membuat keputusan pembangunan negara.


Seri Paduka Baginda bertitah, walaupun wanita Malaysia telah mencapai pelbagai kejayaan, masih banyak usaha perlu dilakukan untuk memastikan peranan mereka diiktiraf sepenuhnya dalam pembangunan negara.


“Untuk benar-benar menghargai wanita dalam usaha membangunkan negara ini, kita mesti mengambil langkah proaktif bagi memanfaatkan potensi intelek yang tersembunyi dalam diri wanita,” titah Baginda seperti dikongsi dalam Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.


Raja Zarith Sofiah bertitah demikian semasa Sambutan Hari Wanita Kebangsaan ke-64 tahun 2025 yang dianjurkan oleh Majlis Kebangsaan Pertubuhan-Pertubuhan Wanita Malaysia (NCWO) di ibu negara, pada Ahad.


Raja Permaisuri Agong turut merujuk Laporan Indeks Jurang Gender Global oleh Forum Ekonomi Dunia 2022, yang meletakkan Malaysia pada kedudukan ke-103 daripada 146 negara, dengan perbandingan Singapura berada di tangga ke-49, Thailand ke-79 dan Indonesia di kedudukan ke-92.


“Jika kita benar-benar mahu menghargai wanita dalam pembangunan negara, kita perlu mengejar kemajuan seperti negara jiran dan membuktikan bahawa suara serta pandangan wanita didengari di peringkat tertinggi, serta diambil kira dalam penggubalan dasar dan semua keputusan penting.


“Menghargai wanita dalam pembangunan negara bermakna memastikan suara kita didengari,” titah Raja Zarith Sofiah.


Seri Paduka Baginda turut menzahirkan penghargaan kepada wanita-wanita yang dianggap wira harian di seluruh negara.


“Mereka yang membesarkan anak-anak, merawat warga emas dan yang sakit, bertungkus-lumus di ladang, menjalankan perniagaan, mendidik generasi, menjaga komuniti dan memastikan keluarga mereka memiliki rumah yang selesa.


“Mereka mungkin tidak selalu tercatat dalam buku sejarah kita, namun mereka memainkan peranan yang amat penting, tidak ramai lelaki yang mampu mencapai kejayaan tanpa pengorbanan seorang ibu atau isteri,” titah Baginda.

 
 
 

1 Comment


Pierre Jordane
Pierre Jordane
Aug 26, 2025

Luxury travel in Morocco is not only about comfort, but also about the freedom to explore according to personal interests. Some travelers prefer to focus on gastronomy and cultural immersion, while others look for desert adventures or coastal escapes. Meeting these expectations requires both organization and creativity in building itineraries. Through Private luxury trips Morocco, it becomes possible to enjoy bespoke journeys where authenticity and refinement go hand in hand. From private transfers to exclusive excursions, every element contributes to making the journey unique. More than just a vacation, it is an opportunity to experience Morocco through a lens of elegance and individuality. This balance between luxury and discovery ensures that travelers return home with memories that reflect their own…

Like
photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page