Sukan Dart Diberi Nafas Baharu di Sabah Melalui Bimbingan Pendaftaran Entiti Sah
- nabalunews
- 3 days ago
- 1 min read

Oleh : Romie Stanley DGuns
20 April 2026
KOTA KINABALU: Jabatan Belia dan Sukan (Persekutuan) Negeri Sabah melalui Bahagian Pembangunan Sukan kini mempergiat usaha memberikan bimbingan pendaftaran badan sukan Dart bagi tujuan mengaktifkan sukan tersebut di Negeri Sabah.
Inisiatif yang diterajui oleh Penolong Pengarah Sukan JBS (P) Sabah, Sempini Langiton, bertujuan memastikan komuniti peminat sukan dart di negeri ini mempunyai entiti sah yang berdaftar dan diiktiraf.
Langkah ini selaras dengan KPI Spesifik 7: Pengaktifan & Penubuhan Badan Sukan yang ditetapkan oleh Jabatan Belia dan Sukan Negara.

Usaha ini dilihat sebagai langkah proaktif dalam menyemarakkan budaya sukan di peringkat akar umbi, memandangkan sukan dart mempunyai potensi besar dan peminat yang ramai di seluruh pelosok Sabah.















Comments