top of page
nabalunews

Sultan Ibrahim tegaskan tiada toleransi terhadap rasuah dalam ATM

17 Ogos 2024


KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim menegaskan amalan rasuah dalam Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan merosakkan kedaulatan dan maruah negara.


Baginda menegaskan tiada toleransi terhadap pegawai tentera yang terlibat dalam rasuah dan salah guna kuasa, terutama dalam urusan perolehan dan kontrak kerajaan.


"Jangan sekali-kali ada pegawai tentera yang terlibat dalam amalan rasuah terutamanya melibatkan urusan pembelian peralatan dan kontrak kerajaan.


“Kedaulatan dan maruah negara akan tergadai, jika amalan rasuah dan salah guna kuasa diamalkan di kalangan pegawai tentera," titah Sultan Ibrahim semasa Istiadat Perbarisan Pentauliahan Diraja dan Pengurniaan Watikah Tauliah Pegawai Kadet ATM 2024 di Kem Perdana Sungai Besi, Kuala Lumpur.


Hadir sama pada istiadat itu adalah Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin; Panglima ATM Jeneral Tan Sri Mohammad Ab Rahman; Panglima Tentera Darat Jeneral Tan Sri Muhammad Hafizuddeain Jantan; Pemangku Panglima Tentera Laut Laksamana Madya Datuk Zulhelmy Ithnain dan Panglima Tentera Udara Jen Tan Sri Mohd Asghar Khan Goriman Khan.

Comments


bottom of page