top of page

Sumbangan 400 biji roti kepada PIBG SK Sri Tanjung Papat dua untuk Majlis Khatam Al-Quran

  • nabalunews
  • Dec 18, 2024
  • 1 min read

18 Disember 2024


SANDAKAN: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Papat, Datuk Frankie Poon Ming Fung bersama Pengerusi Jetama Water Sdn Bhd, Liau Fui Fui menyumbangkan sebanyak 400 biji roti kepada Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan Tanjung Papat 2, Sandakan sempena penganjuran Majlis Khatam Al-Quran di SK Sri Tanjung sekolah berkenaan.


Sumbangan ini adalah sebahagian daripada usaha berterusan untuk menyokong aktiviti keagamaan dan pendidikan di peringkat sekolah serta memperkukuhkan kerjasama antara pemimpin tempatan dan institusi pendidikan.


“Pendidikan dan pembangunan sahsiah murid amat penting," katanya.


"Kami berbangga dapat menyumbang kepada Majlis Khatam Al-Quran ini dan berharap ia menjadi satu kenangan manis bagi para pelajar serta ibu bapa,” tambah beliau.


Frankie berharap inisiatif ini juga dapat melancarkan perjalanan majlis dan memberi manfaat kepada semua yang terlibat.


Dalam pada itu Fui Fui turut menyuarakan sokongan Jetama Water Sdn Bhd terhadap aktiviti sekolah yang membentuk keperibadian generasi muda.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page