Sumbangan Dana Kepada Peserta Konferensi Wanita SIB Sabah Lahanas Sokid
- nabalunews
- 1 day ago
- 1 min read

31 Mei 2025
KOTA BELUD : Clarence Somuil, Pemaju Masyarakat dari Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat, Pusat Khidmat ADUN N11 Kadamaian, mewakili YB Datuk Ewon Benedick, Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri Kadamaian, telah menyampaikan sumbangan dana kepada peserta Konferensi Persekutuan Wanita Sidang Injil Borneo (SIB) Sabah.
Sumbangan tersebut merangkumi kos penginapan dan perjalanan peserta dari Kampung Lahanas Sokid, Kota Belud.
Konferensi yang dijadualkan berlangsung dari 13 hingga 15 Jun 2025 di Dewan Kadazan Dusun Cultural Association (KDCA), Penampang, merupakan platform penting bagi wanita SIB untuk memperkukuhkan perpaduan serta memperluas kerjasama dalam kalangan komuniti mereka.
Penyerahan sumbangan telah disampaikan kepada Puan Sitileleh Binti Masani, Pengerusi Wanita Gereja SIB Lahanas Sokid, dalam satu majlis ringkas yang diadakan di perkarangan gereja berkenaan.
Sumbangan ini mencerminkan sokongan berterusan daripada Pusat Khidmat ADUN N11 Kadamaian dalam usaha memperkasakan wanita serta menyokong pelaksanaan aktiviti keagamaan dan sosial di kawasan tersebut. Clarence turut menyatakan harapannya agar bantuan ini dapat membantu meringankan beban peserta dan memberi peluang kepada mereka untuk menyertai konferensi dengan lebih selesa dan berkesan.
Sementara itu, Puan Sitileleh merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas keprihatinan dan sokongan yang diberikan. Beliau menegaskan bahawa inisiatif seperti ini amat penting dalam memperkukuhkan peranan wanita dalam komuniti SIB, sekali gus menyumbang ke arah pembangunan rohani dan sosial masyarakat setempat.
Comentarios