top of page

Sumbangan Dana kepada Rombongan Peserta Konferensi Wanita Gereja SIB Piasau

  • nabalunews
  • Jun 8, 2025
  • 2 min read

8 Jun 2025


KOTA BELUD: Wakil kepada Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N.11 Kadamaian, Datuk Ewon Benedick, iaitu Shainim Epin dari Pusat Khidmat ADUN N.11 Kadamaian, telah menyerahkan sumbangan dana kepada rombongan peserta Konferensi Wanita Gereja Sidang Injil Borneo (SIB) Piasau, Kota Belud dalam satu majlis ringkas di Pejabat ADUN, hari ini.


Sumbangan ini bertujuan untuk menampung perbelanjaan rombongan yang akan menyertai Konferensi Wanita peringkat negeri Sabah yang dijadualkan berlangsung pada 13 hingga 15 Jun 2025 di Dewan Hongkod Koisaan KDCA, Penampang.


Konferensi ini dianjurkan bagi menggalakkan penglibatan aktif wanita dalam pembangunan kerohanian serta memperkukuh institusi keluarga dan keharmonian sosial dalam masyarakat.


Menurut Shainim Epin, inisiatif ini selari dengan aspirasi kerajaan negeri untuk memperkasakan peranan wanita dalam pelbagai aspek kehidupan, khususnya dalam memperteguh nilai-nilai kerohanian dan sosial di peringkat komuniti.


Rombongan dari Gereja SIB Piasau, Kota Belud diharapkan dapat memanfaatkan sepenuhnya ilmu dan pengalaman yang diperoleh sepanjang konferensi, seterusnya membawa pulang manfaat tersebut untuk dikongsi dan diaplikasikan demi pembangunan wanita di kawasan mereka.


Wakil kepada Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N.11 Kadamaian, Datuk Ewon Benedick, iaitu Shainim Epin dari Pusat Khidmat ADUN N.11 Kadamaian, telah menyerahkan sumbangan dana kepada rombongan peserta Konferensi Wanita Gereja Sidang Injil Borneo (SIB) Piasau, Kota Belud dalam satu majlis ringkas di Pejabat ADUN, hari ini.


Sumbangan ini bertujuan untuk menampung perbelanjaan rombongan yang akan menyertai Konferensi Wanita peringkat negeri Sabah yang dijadualkan berlangsung pada 13 hingga 15 Jun 2025 di Dewan Hongkod Koisaan KDCA, Penampang.


Konferensi ini dianjurkan bagi menggalakkan penglibatan aktif wanita dalam pembangunan kerohanian serta memperkukuh institusi keluarga dan keharmonian sosial dalam masyarakat.


Menurut Shainim Epin, inisiatif ini selari dengan aspirasi kerajaan negeri untuk memperkasakan peranan wanita dalam pelbagai aspek kehidupan, khususnya dalam memperteguh nilai-nilai kerohanian dan sosial di peringkat komuniti.


Rombongan dari Gereja SIB Piasau, Kota Belud diharapkan dapat memanfaatkan sepenuhnya ilmu dan pengalaman yang diperoleh sepanjang konferensi, seterusnya membawa pulang manfaat tersebut untuk dikongsi dan diaplikasikan demi pembangunan wanita di kawasan mereka.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page