top of page

Sumbangan Peralatan untuk Kelas Persekolahan Kanak-Kanak Gereja SIB Bundu Lapak Kota Belud

  • nabalunews
  • Mar 7
  • 1 min read

7 Mac 2025


Oleh : Wartawan Nabalu News


KOTA BELUD: Pemaju Masyarakat, Clarence Somuil, mewakili Datuk Ewon Benedick, Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi serta Ahli Dewan Undangan Negeri N11 Kadamaian, telah menyampaikan sumbangan bagi pembelian peralatan kelas untuk kanak-kanak di Gereja Sidang Injil Borneo (SIB) Bundu Lapak, Kota Belud.


Sumbangan tersebut diterima dengan baik oleh Sisila Suasana Widarti, Pengerusi Wanita Gereja SIB Bundu Lapak. Sumbangan kewangan itu akan digunakan untuk membeli pelbagai peralatan diperlukan bagi Kelas Belajar Persekutuan Kanak-Kanak (PKK) di gereja tersebut.


Antara kelengkapan yang dibeli termasuk 10 set meja dan kerusi, papan putih (whiteboard), tikar getah, serta alat tulis dan buku. Diharapkan sumbangan ini dapat memudahkan proses pembelajaran dan meningkatkan minat kanak-kanak dalam aktiviti keagamaan dan pendidikan.


Warga jemaat Gereja SIB Bundu Lapak merakamkan ucapan terima kasih dan rasa syukur atas sumbangan yang diberikan. Mereka berharap inisiatif seperti ini dapat diteruskan demi kebaikan komuniti setempat.

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page