Sumbangan Perbelanjaan untuk Konvensyen Guru Advent Asia Tenggara di Thailand
- nabalunews
- 6 hours ago
- 1 min read

14 Mei 2025
KOTA BELUD: Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM), Saikom Watis, yang mewakili Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N.11 Kadamaian, Datuk Ewon Benedick, telah menyampaikan sumbangan kewangan bagi menampung perbelanjaan Konvensyen Guru-Guru Advent Asia Tenggara yang akan diadakan di Thailand.
Majlis penyerahan sumbangan tersebut telah berlangsung di perkarangan Sekolah Rendah Advent Gaur, Kota Belud.
Konvensyen yang dijadualkan berlangsung dari 23 hingga 30 Mei 2025 itu akan melibatkan penyertaan enam orang guru dari Sekolah Rendah Advent Gaur. Sumbangan ini bertujuan membantu menampung kos perjalanan dan penginapan para guru yang mewakili sekolah dalam program berkenaan.

Wakil penerima sumbangan, Marylynah @ Rose Yanggor, menerima sumbangan tersebut daripada Saikom Watis bagi pihak Datuk Ewon Benedick.
Enam orang guru yang akan menghadiri konvensyen tersebut ialah Leley Binti Lampadan, Marylynah @ Rose Yanggor, Baenney Gipin, Risin Sikin, Kally Siti, dan Enekstine Elvia @ Luin.
Konvensyen ini dijangka memberi impak positif dalam meningkatkan profesionalisme dan kompetensi guru, seterusnya menyumbang kepada peningkatan kualiti pendidikan di kawasan berkenaan.
Comments