top of page

Sumbangan Touch Point kepada PIBG SK St. Edmund Sempena Kejohanan MSS Sabah 2025

  • nabalunews
  • 4 days ago
  • 1 min read

21 Julai 2025


KOTA BELUD: Pemaju Masyarakat, Clarence Somuil dari Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat, Pusat Khidmat ADUN N11 Kadamaian, hari ini mewakili Datuk Ewon Benedick untuk menyampaikan sumbangan Touch Point kepada Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SK St. Edmund (M) Kota Belud.


Sumbangan tersebut telah disampaikan kepada Mujik KK Rasit, yang mewakili Yang Dipertua PIBG sekolah berkenaan, dalam satu majlis ringkas di Pejabat ADUN N11 Kadamaian. Bantuan ini bertujuan menyokong penyertaan dan kelancaran perjalanan kontinjen sekolah ke Kejohanan Bola Sepak Majlis Sukan Sekolah (MSS) Sabah 2025.


Menurut Clarence, sumbangan ini adalah sebahagian daripada komitmen berterusan Datuk Ewon Benedick, selaku Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri N11 Kadamaian, dalam memperkasakan pembangunan pelajar melalui penyertaan aktif dalam aktiviti sukan di peringkat negeri.


Beliau turut menyatakan harapan agar penyertaan SK St. Edmund dalam kejohanan ini bukan sahaja mengharumkan nama sekolah, malah menjadi pemangkin kepada pembentukan sahsiah, peningkatan disiplin serta pemupukan semangat kesukanan dalam kalangan murid.

Comentários


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page