Sumbangan Yuran Pendaftaran Konferensi Wanita SIB Sabah Disampaikan di Kadamaian
- nabalunews
- May 29, 2025
- 1 min read

29 Mei 2025
KOTA BELUD: Pegawai Kemajuan Masyarakat, Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) Pusat Khidmat ADUN N.11 Kadamaian, Juin Kolod, telah menyampaikan sumbangan yuran pendaftaran kepada peserta Konferensi Wanita Sidang Injil Borneo (SIB) Sabah, mewakili Datuk Ewon Benedick, Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri N.11 Kadamaian.
Sumbangan tersebut disampaikan kepada Puan Nuruniah @ Narimah Sintikan, Pengerusi Persatuan Wanita Gereja SIB Kampung Tuguson, Kota Belud, sebagai tanda sokongan terhadap penglibatan aktif wanita dalam program keagamaan dan pembangunan komuniti.
Konferensi Wanita SIB Sabah itu dijadualkan berlangsung dari 13 hingga 15 Jun 2025 bertempat di Dewan Kadazan Dusun Cultural Association (KDCA), Penampang, Sabah. Program ini bertujuan memperkukuh perpaduan serta memperluas jaringan kerjasama dalam kalangan wanita komuniti SIB di seluruh negeri.
Diharapkan sumbangan ini dapat meringankan beban kewangan para peserta serta menyemarakkan lagi semangat kebersamaan dan perpaduan wanita Sidang Injil Borneo di Sabah.















Comments