Syed Saddiq cadang universiti fokus kepada micro credential tarik minat lepasan SPM sambung belajar
top of page
  • Wartawan Nabalu News

Syed Saddiq cadang universiti fokus kepada micro credential tarik minat lepasan SPM sambung belajar


10 Jun 2023

Oleh Wartawan Nabalu News


KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abd Rahman, mencadangkan agar universiti memberi lebih perhatian kepada pengiktirafan mikro atau micro credential sebagai salah satu cara untuk menarik minat lepasan SPM melanjutkan pengajian tinggi.


Beliau berkata, pengiktirafan mikro adalah satu sijil yang mengesahkan pembelajaran dalam bidang yang spesifik dan boleh diperoleh dengan cepat dan efisien.


"Kita perlu pastikan kerajaan subsidikan micro credential, kerana ia sangat membantu. Misalnya ingin menjadi chef – ‘chef with credential’, ingin menjadi wildlife photographer, 'photographer with credential'," katanya.


Beliau juga menyokong inisiatif Kementerian Pendidikan Tinggi untuk memperkenalkan persekitaran pembelajaran yang fleksibel, memendekkan tempoh pengajian, dan menyediakan lebih banyak pembelajaran berdasarkan industri dan pekerjaan.


"Apabila Kementerian Pendidikan umum akan pendekkan masa belajar dan akan adakan hybrid learning, ini merupakan perkembangan yang baik, satu cadangan tambahan dari saya agar pihak universiti memfokuskan kepada micro credential," ujarnya.


Selain itu, beliau juga mencadangkan agar Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) dimulakan di sekolah menengah bagi membolehkan pelajar mendapat diploma lebih awal.


"Dalam masa yang sama, Syed Saddiq mencadangkan agar Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) dimulakan di sekolah menengah bagi melayakkan seseorang pelajar itu mendapat diploma lebih awal," katanya.


Beliau menegaskan bahawa sistem pendidikan negara perlu fleksibel dan terkini untuk menarik minat lepasan SPM menyambung pembelajaran ke peringkat pengajian tinggi.



bottom of page