top of page
  • Wartawan Nabalu News

Sylvilina Bily juara Rombituon Kaamatan UPKO 2024

Ewon menyampaikan hadiah kepada juara Rombituon UPKO 2024.

12 Mei 2024

Oleh wartawan Nabalu News


KUALA PENYU: Sylvilina Bily mewakili UPKO Bahagian Kota Marudu dinobatkan juara pada pertandingan akhir Rombituon Kaamatan UPKO 2024, di sini, semalam.


Dengan kemenangan itu beliau menerima hadiah wang tunai sebanyak RM3,000 dan sijil penyertaan.


Manakala tempat kedua pula dimenangi oleh Michelle Kasianus, mewakili UPKO Bahagian Tawau menerima hadiah wang tunai RM2,000 dan tempat ketiga Joshua Eleazar Jalani UPKO Bahagian Kudat (RM1,000).


Sodop Unduk Ngadau dan Rombituon Fund Raising Dinner anjuran Koperasi Kinabalu Lestari Berhad (KOKINA), disempurnakan oleh Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi yang juga Presiden UPKO Datuk Ewon Benedick.


Pada majlis itu, turut diadakan penampilan khas 18 peserta akhir Unduk Ngadau Kaamatan UPKO.


Pemenang bagi Tati Sodol Huminodun dimenangi oleh Marylyn Bundoi mewakili Kota Kinabalu, Tati Topiod (Nusita Ain Jolikon, wakil Penampang), Tati Tosuau dan Basaan Togingo dimenangi oleh Chellyana Tensu wakil Kota Marudu.


Manakala Tati Kaanangan (FB) Alstenety Shane Japrin mewakili Keningau dan Best Make-up and Hair Do dimenangi oleh Patricia John dari Papar.

Kommentarer


bottom of page