Tambulion Ulu Eco Run 2026 Berlangsung 20 Jun, Jarak 13.17KM
- nabalunews
- May 21
- 1 min read

Oleh : Romie Stanley DGuns
21 Mei 2026
KOTA BELUD: Tambulion Ulu Eco Run 2026 yang menawarkan jarak laluan kampung sejauh 13.17 kilometer bakal berlangsung pada 20 Jun 2026 di Kampung Tambulion Ulu, Kota Belud. Acara larian yang bermula jam 5.00 pagi itu terbuka kepada kategori lelaki dan wanita.
Yuran penyertaan ditetapkan sebanyak RM80 seorang. Setiap peserta layak menerima medal dan sijil penyertaan. Bagi tiga pemenang terbaik, hadiah wang tunai disediakan iaitu RM500 untuk tempat pertama, RM300 untuk tempat kedua, dan RM200 untuk tempat ketiga. Selepas kedudukan tersebut, hanya medal penyertaan diberikan.
Menurut wakil penganjur, pendaftaran peserta ditutup pada 5 Jun 2026 dan boleh dilakukan secara dalam talian melalui pautan https://forms.gle/c1WpmZSeRsxHcdEC7. Sebarang pertanyaan lanjut, orang ramai juga boleh menghubungi Awang di talian 013-294 3515 atau Izzul di talian 019-301 0732. Peserta juga wajib menyertai kumpulan WhatsApp rasmi untuk mendapatkan maklumat terkini dan sebarang perubahan.
Acara ini dianjurkan oleh Service Learning Malaysia (SULAM), dengan kerjasama Persatuan Pelancongan Kadamaian (KATA), serta beberapa kelab seperti Pelajar Sains Sukan - Subjek Sukan & Pelancongan Universiti Malaysia Sabah (UMS), Mahasiswa Pendidikan dan Pengajian Sukan (MAPENSU), Vision Running Club, Jabatan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Tambulion, serta Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Tambulion Ulu.
Pihak penganjur menjelaskan, aktiviti ini turut menggalakkan interaksi peserta dan penganjur bersama komuniti Kampung Tambulion Ulu.
Pihak penganjur mengingatkan semua peserta supaya mengisi maklumat diri dengan lengkap dan benar. Peserta yang berumur di bawah 18 tahun mesti berada di bawah pengawasan ibu bapa atau penjaga.
Selain itu, setiap peserta diharapkan menyertai program dalam keadaan sihat fizikal dan mental bagi mengelakkan sebarang kemalangan, serta mematuhi semua peraturan yang telah ditetapkan oleh penganjur.















Comments