Tangani Isu Perkahwinan Awal Kanak-kanak
- nabalunews
- 17 minutes ago
- 1 min read

6 November 2025
KOTA KINABALU: Program Menangani Isu Perkahwinan Awal Kanak-Kanak disifatkan sebagai satu inisiatif yang signifikan dalam usaha memperkukuh kesedaran serta tindakan kolektif terhadap isu sosial yang memerlukan perhatian serius semua pihak.
Perkahwinan awal kanak-kanak merupakan masalah yang kompleks kerana melibatkan pelbagai faktor termasuk sosioekonomi, budaya, pendidikan dan persepsi masyarakat.
Pengarah Jabatan Hal Ehwal Wanita Sabah (JHEWA) Haslina Ismail berkata, dalam kebanyakan keadaan, perkahwinan awal boleh menjejaskan masa depan pendidikan kanak-kanak.
Malah katanya, ia turut memberi kesan terhadap kesihatan fizikal, kestabilan emosi dan pembangunan sosial mereka.
“Program kesedaran ini kita namakan program menangani isu perkahwinan awal sebenarnya satu isu yang telah lama kita laksanakan.
“Dan ia sebenarnya memberi kesedaran bahawa perkahwinan awal ini ada banyak isu-isu dan juga masalah,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas pelancaran program berkenaan, pada Khamis.
Menurutnya, penganjur program turut menekankan risiko kanak-kanak yang berkahwin pada usia muda berdepan tekanan rumah tangga, keganasan domestik, masalah kesihatan reproduktif dan kitaran kemiskinan yang sukar diputuskan.
Oleh itu, katanya, pendekatan menyeluruh yang merangkumi dasar, advokasi, pendidikan serta kesedaran komuniti amat penting dalam menangani isu ini.
“Sasaran kita pada hari ini kita bawa orang awam, kita tumpukan kepada mereka-mereka yang nanti boleh sampaikan kepada komuniti. Especially daripada NGO.
“Dan juga hari ini kita bersama-sama dengan pelajar institusi pengajian tinggi dan juga agensi-agensi kerajaan dan juga swasta,” katanya.


















Comments