top of page

Teks Ucapan Perbahasan Usul Menerima Pembentangan Dokumen Rancangan Malaysia Ke-13 (Rmk-13)

  • nabalunews
  • Aug 13
  • 6 min read
ree

OLEH YB DATUK SERI PANGLIMA WILFRED MADIUS TANGAU JP

AHLI PARLIMEN P.170 TUARAN


DI PERSIDANGAN DEWAN RAKYAT PARLIMEN MALAYSIA Rabu 06 OGOS 2025


Mukadimah

1. Tuan/Puan Yang Dipertua izinkan saya memulakan perbahasan Usul menerima Pembentangan Rancangan Malaysia ke-13 (RMK-13) dengan menyatakan bahawa

antara faktor utama yang berjaya memujuk para pemimpin Sabah pada tahun 1963 untuk menyertai perundingan pembentukan Malaysia ialah harapan untuk mencapai pembangunan seperti pembangunan yang dicapai oleh ibu kota Kuala Lumpur pada ketika itu.


2. Para pemimpin Sabah telah dibawa ke Kuala Lumpur untuk melihat sendiri pembangunan pesat yang sedang berlaku di

ibu kota Kuala Lumpur dan beberapa tempat di Semenanjung. Mereka diberi jaminan bahawa Sabah jika sekiranya bersetuju membentuk Malaysia akan membangun

seperti Kuala Lumpur.


Ketidakseimbangan Pembangunan Wilayah


3. Seawal Rancangan Malaysia Kedua iaitu bagi tempuh tahun 1971–1975, perihal ketidakseimbangan pembangunan wilayah telah mula ditangani secara serius. Dalam

Rancangan Malaysia seterusnya sehingga RMK-12, satu bab dalam dokumen tersebut dikhususkan untuk dasar, strategi dan program bagi menangani isu ketidakseimbangan wilayah.


4. Kita akui bahawa setelah 12 Rancangan Malaysia dilaksanakan, memang banyak perubahan dan kemajuan. Sebagai contoh, pada tahun 1965 hanya terdapat sekitar

525 buah sekolah rendah dan menengah di Sabah. Sekarang, jumlah itu sudah meningkat kepada 1,298 buah sekolah. Begitu juga dengan fasiliti kesihatan. Pada tahun

1965, hanya terdapat dua (2) buah hospital iaitu Hospital Queen Elizabeth Kota Kinabalu dan Hospital Duchess of Kent, Sandakan.


Sekarang, Wilayah Sabah telah mempunyai 24 hospital kerajaan, 114 klinik kesihatan, 22

klinik kesihatan ibu dan anak, 42 klinik pergigian, 165 klinik desa, 26 klinik komuniti dan sebanyak 41 klinik bergerak.


5. Demikian juga tentang pembinaan jalan raya tahun 1965, Sabah baru memiliki sepanjang 1,600 km keseluruhan rangkaian jalan raya, iaitu gabungan jalan berturap yang

masih rendah serta jalan tidak berturap atau jalan tanah merah. Sekarang, rangkaian jalan di seluruh Sabah ialah sekitar 24,000 kilometer, termasuk jalan yang sudah berturap sejauh kira-kira 19,000 kilometer. Justeru, pembangunan sememangnya berlaku di Sabah sejak tahun 1965 sehingga 12 Rancangan Malaysia dilaksanakan.


6. Namun, ketidakseimbangan pembangunan wilayah berterusan kerana kadar pembangunan di Semenanjung jauh lebih laju berbanding di Sabah. Banyak faktor yang boleh saya sebut mengapa ini berlaku dan banyak juga analisis serta pandangan yang dibuat oleh pelbagai pihak. Cabaran Sistem Penyampaian Kerajaan


7. Dalam masa singkat yang diberikan dalam perbahasan ini, saya mohon membincangkan dua perkara yang terkait dengan integriti dan tadbir urus baik dalam sistem penyampaian kerajaan — iaitu salah satu daripada tiga

tonggak utama dalam sasaran pencapaian Rancangan Malaysia Ke-13 — ia itu menaikkan siling, untuk menjadikan Malaysia ekonomi ke-30 terbesar dunia dengan per kapita

KDNK (GDP)RM77,000.


8. Cabaran utama dalam sistem penyampaian kerajaan ialah perbezaan keupayaan dan kecekapan pentadbiran awam di empat peringkat kerajaan, iaitu: Persekutuan; wilayah atau negeri; daerah; dan desa atau kampung. Sistem penyampaian di peringkat Persekutuan lebih cekap berbanding wilayah atau negeri; wilayah atau negeri pula lebih cekap daripada daerah, manakala sistem penyampaian di peringkat kampung ia itu urus tadbir Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) serta institusi Ketua Kampung terlalu lemah sehinggakan bangunan pusat pentadbiran pun tidak wujud.


9. Cabaran ini bertambah sulit apabila terdapat pertindihan kuasa di antara Persekutuan dengan Wilayah atau Negeri

khususnya penyampaian dalam sektor tertentu seperti pertanian, perikanan, veterinar, perindustrian, kerja raya dan

sebagainya. Pengiktirafan kepada Penyediaan Dokumen RMK-13


10. Tuaran mengucapkan tahniah kepada Kementerian Ekonomi dan semua yang terlibat dalam penyediaan dokumen Rancangan Malaysia Ke-13 yang dibentangkan oleh YAB Tambun pada Khamis, 31 Julai 2025 di Dewan

yang mulia ini, atas pelbagai cadangan dan inisiatif untuk memperkukuhkan lagi integriti dan kecekapan perkhidmatan awam sebagai tonggak sistem penyampaian kerajaan, iaitu

pendigitalan dan aplikasi Artificial Intelligence (AI) dalam perindustrian khususnya sektor pembuatan.


Peranan Sabah dalam Keterjaminan Makanan Negara


11. Dalam kesempatan ini, Tuan Yang Dipertua, Tuaran ingin menarik perhatian Kerajaan khususnya YAB Perdana Menteri tentang beberapa peluang untuk mempercepatkan

lagi penyelesaian kesenjangan dalam pembangunan wilayah, sekali gus memperhebat usaha untuk meningkatkan keterjaminan makanan dan sektor pembuatan di negara kita.


12. Sabah, dengan keluasan 73,904 km2 iaitu 22.34% daripada seluruh tanah Malaysia, mempunyai tanah yang subur dan sesuai untuk pertanian dan penternakan. Sabah menyumbang 45% daripada jumlah pengeluaran minyak sawit Malaysia. Ditambah pula dengan pantai sepanjang 1,600 km, Sabah berpotensi menjadi hab pengeluaran

makanan Malaysia. Malah, pada ketika ini, Sabah sudah pun menjadi pengeluar ikan terbesar di Malaysia, dengan menyumbangkan 25% daripada pengeluaran ikan negara, dan lebih 50% daripada sumbangan tersebut dieksport ke Semenanjung.


13. Kekangan utama dalam meningkatkan pengeluaran makanan, khasnya daripada Sabah untuk negara ini, adalah penyelarasan pembangunan di antara Kerajaan persekutuan dengan Kerajaan Sabah dari segi dasar, strategi, program, bajet dan sistem penyampaian.


Isu Kuasa Autonomi dan Ketidaksejajaran Struktur


14. Ini berlaku kerana Sabah mempunyai autonomi dalam hal pertanian, perikanan, hidupan liar, perhutanan dan perikanan seperti yang termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 seperti yang termaktub dalam Jadual

Kesembilan Perlembagaan Persekutuan. Dalam hal perikanan, walaupun Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan meletakkannya dalam Senarai Bersama, sejak

pemansuhan Ordinan Perikanan Sabah 1963 pada tahun 1970, Menteri Perikanan dan Pengarah Perikanan Sabah kehilangan kuasa untuk membuat dasar dan perundangan bagi pelaksanaan dan penguatkuasaan. Jabatan Perikanan Sabah kini hanya menumpukan aktiviti dalam perikanan darat.


15. Akibatnya, Sabah mempunyai hanya satu kemudahan pendaratan ikan atau labuhan perikanan, iaitu di Kota Kinabalu, itu pun dibangunkan dengan bajet Kerajaan Sabah sendiri melalui syarikat berkaitan kerajaan, ia itu Sabah Fish Marketing Sdn Bhd (SAFMA). Sebagai perbandingan, terdapat 42 buah kemudahan seperti itu di Semenanjung, lima (5) di Sarawak dan satu (1) di Labuan,

semuanya dibina oleh Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM). Dalam Akta Perikanan 1985, hal eksport dan import perikanan diletak di bawah Persekutuan, sedangkan penangkapan ikan di Sabah dikawal selia oleh Jabatan Perikanan Sabah, satu agensi Kerajaan Sabah. Dengan kata lain, Persekutuan mengutip hasil perikanan, manakala pembangunan industri perikanan Sabah dilaksanakan oleh agensi negeri menggunakan bajet negeri yang sangat terhad. Infrastruktur industri perikanan sangat daif akibatnya produktiviti sangat rendah. Dengan produktiviti rendah ini pun Sabah masih lagi pengeluar terbesar negara!. Bayangkan kalau Sabah mempunyai kekuatan bajet yang mencukupi!


Cabaran Infrastruktur dalam Pertanian dan Penternakan


16. Dalam hal pertanian padi pula, Sabah tidak mempunyai kemudahan seperti sistem pengairan dan saliran moden, sistem jalan raya untuk combined harvester memasuki sawah, serta sistem pemprosesan padi menjadi beras. Secara umum, produktiviti padi sawah di Semenanjung jauh lebih tinggi berbanding Sabah. Kalau tidak silap, Jelapang

padi di Kedah berhadapan dengan cabaran tanah jerlus! Kerajaan sudah pun mengumumkan peruntukan RM1 Billion untuk membangun Industri padi di Kedah. Jelapang padi di Sabah macam mana?


17. Syukurlah hal penternakan, berbeza dengan Industri perikanan Sabah mempunyai perundangan ataupun Enakmen tersendiri. Kesannya dari segi pencapaian, Sabah mengeluarkan 100% keperluan telur dan susu segar. Manakala ayam daging (96%) dan daging khinzir (94%). Namun dalam kategori ruminan (daging lembu, kerbau dan

kambing) kita hanya dapat 9% daripada keperluan kita. Sabah berpotensi meningkatkan pengeluaran ruminan, namun dengan bajet yang sangat terhad, unjuran pengeluaran hanyalah 25% setibanya tahun 2030. Bayangkan kalau Sabah diberi keyakinan oleh Kerajaan Persekutuan dengan agihan peruntukan yang mencukupi?


Cadangan Penubuhan Majlis Kebangsaan


18. Tuaran menyokong cadangan YB Pandan agar ditubuhkan Majlis Pendidikan Kebangsaan dan Tuaran berharap Tuan Yang DiPertua dan Majlis Dewan Yang Mulia ini menyokong cadangan Tuaran supaya dalam hal perikanan, pertanian dan penternakan, kerajaan juga menubuhkan Majlis Kebangsaan masing-masing, Majlis Pertanian Kebangsaan, Majlis Perikanan Kebangsaan dan Majlis Penternakan Kebangsaan, bertujuan menyelaras perundangan, dasar, strategi, program, bajet dan tata kelola sistem penyampaian. .m


Sebenarnya, Tuan Yang Dipertua, cadangan penubuhan majlis seperti ini pernah di tawarkan kepada rakyat dalam Manifesto Pakatan Harapan dalam Pilihan Raya Umum ke-15 bertemakan Kita Boleh. Tuaran ingat sebab saya juga adalah Jawatankuasa

Manifesto PRU15 PH .


Keperluan Perkembangan Sektor Pembuatan


19. Selain sektor pertanian, perikanan dan penternakan, sektor pembuatan atau perindustrian juga amat penting untuk melonjakkan pencapaian Malaysia menjadi ekonomi ke-30 terbesar dunia.


20. Dalam hal ini, daya saing Wilayah Sabah untuk menarik pelabur asing dan domestik dalam sektor pembuatan dan pemprosesan perlu dilonjakkan dengan kadar segera. Seperti juga di Wilayah dan negeri lain, Sabah juga melaksanakan strategi perindustrian melalui penubuhan taman-taman perindustrian seperti Kota Kinabalu Industrial

Park (KKIP), Sipitang Oil & Gas Industrial Park (SOGIP) dan Palm Oil Industrial Cluster (POIC) Lahad Datu.


Cabaran dan Permohonan Berkaitan POIC Lahad Datu


21. Untuk melonjakkan perindustrian dan perdagangan Kerajaan Sabah telah memohon untuk mewujudkan Zon Perdagangan Bebas (Free Zone) di POIC Lahad Datu pada Jun tahun 2022 dan telah diluluskan secara prinsip oleh Kementerian Kewangan Malaysia pada 16 Mac 2023.


Namun, kelulusan sepenuhnya belum dapat sehingga hari ini sebab dapat memenuhi semua kriteria kelulusan kerana bajet yang sangat terhad untuk menaik taraf infrastruktur

seperti jalan raya bagi, pembinaan pagar dan sebagainya


22. Dalam hal ini, Tuaran ingin mencadangkan kepada Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) supaya bertindak lebih proaktif membantu mempercepatkan pembangunan infrastruktur asas di Taman- Taman Perindustrian di Sabah. Selama ini, POIC Lahad Datu perlu meminjam dana daripada Kerajaan Persekutuan, yang proses kelulusannya mengambil masa yang sangat lama, walaupun hanya pinjaman.


23. POIC Lahad Datu juga telah memohon kepada Kementerian Pengangkutan untuk menaik taraf Lapangan Terbang Lahad Datu yang sangat daif malah saya difahamkan tidak ada kelulusan dari Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia. Tanpa Lapangan Terbang Bertaraf Antarabangsa di Lahad Datu perkembangan Free Zone di POIC Lahad Datu Akan terbantut.


Penutup


24. Sebagai penutup, sudah terang lagi bersuluh tuntutan Sabah agar Hak Perlembagaan Sabah yang termaktub dalam Perkara 112c dan Jadual Kesepuluh Perlembagaan Persekutuan perlu diLaksanakan dengan segera.


Rundingan telah di buat pada tahun 1963, sehingga terbentuknya Malaysia. Sepatutnya kita sebagai generasi pewaris Perjanjian Malaysia 1963 LAKSANAKAN SAJA.


Sabah Maju Jaya maka Malaysia Pun maju melonjak menjadi ke30 terbesar ekonomi dunia. Jangan lagi Rakyat Malaysia di Sabah menjadi mangsa menjadi miskin hanya kerana Malaysia terbeban hutang melebihi RM1.3 trillion. Lebih 80% duit hutang itu dibelanjakan di Semenanjung, Sabah yang tidak dapat menjadi mangsa dinafikan Hak Perlembagaan.


Akhir kata Tuaran bertanya, Apakah status

semua projek yang telah dicadangkan dalam RMK-12? Dan apakah benar terdapat projek yang dicadangkan dalam RMK-10 yang belum lagi bermula? Dan apakah status pelaksanaan Laporan RCI Mengenai Pendatang Asing Tanpa Izin di Sabah.


Sekian.


Tuaran mohon menyokong Usul Menerima

Pembentangan Rancangan Malaysia Ke13

 
 
 

2 Comments


Lumos SEO
Lumos SEO
Aug 17

Vrutskii – Your Go-To for Hassle-Free Legal Services

With Vrutskii, submitting court documents online is quick and precise. Our platform supports a range of legal needs, from disputes to agreements, without needing a lawyer. Trusted across Russia, we make legal processes accessible. Explore more at vrutskii.com today!

Like

Lumos SEO
Lumos SEO
Aug 15

LepnoStyle – Sophisticated Decor for Every Vision

Elevate your home or office with LepnoStyle’s exquisite columns, rosettes, and balusters. Trusted for two decades, our affordable moldings bring timeless elegance to any project. With a vast catalog and seamless delivery, we make your design dreams reality. Discover more at lepnostyle.ru now!

Like
photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page