TEKUN Nasional terima Anugerah Merit ADFIAP
- nabalunews
- Apr 25
- 1 min read

25 April 2025
KUALA LUMPUR: Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) Nasional menerima anugerah merit pada Mesyuarat Tahunan Persatuan Institusi Kewangan dan Pembangunan di Asia serta Pasifik (ADFIAP) ke-48, yang diadakan di Muscat, Oman.
Anugerah yang dimenangi TEKUN Nasional ialah Merit Award bagi Category 9: Corporate Governance di Development Awards 2025.
Dalam kenyataan yang dikeluarkan TEKUN Nasional menerusi laman sosial berkata, pengiktirafan itu diberikan atas kejayaan projek “Certification of ISO 22301:2019 Business Continuity Management System (BCMS)”.

Menurutnya, ia adalah satu inisiatif penting yang memperkukuh keupayaan TEKUN dalam memastikan kelangsungan perniagaan dan penyampaian perkhidmatan secara mampan dan berkesan, walau dalam apa jua situasi.
“Anugerah ini mencerminkan komitmen TEKUN Nasional dalam menegakkan prinsip tadbir urus korporat yang cemerlang, berteraskan integriti, ketelusan dan kecekapan.
“Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan projek ini.

“Bersama kita terus melangkah maju, memperkukuh kepercayaan dan menyokong pembangunan usahawan negara,” katanya.
Comments