top of page

TEMPOH KUARANTIN PENGEMBARA, KONTAK RAPAT DIPENDEKKAN KEPADA 10 HARI MULAI ISNIN - KP KESIHATAN

  • nabalunews
  • Dec 13, 2020
  • 1 min read

13 DIS 2020


KUALA LUMPUR: Berkuat kuasa esok, tempoh perintah pengawasan dan pemerhatian bagi pengembara yang pulang dari luar negara serta pengurusan kontak rapat di Malaysia dikurangkan daripada 14 hari kepada 10 hari.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata ia terpakai bagi perintah pengawasan dan pemerhatian di pusat kuarantin yang diwartakan atau di tempat kediaman.

"Semakan bukti saintifik klinikal terkini mendapati bahawa risiko jangkitan pasca-kuarantin akan berkurangan mengikut tempoh masa kuarantin.


“Kadar kebolehjangkitan adalah tertinggi pada minggu pertama selepas pendedahan," menurutnya dalam kenyataan mengenai situasi semasa COVID-19 di sini hari ini.

Beliau berkata sehingga kini, beberapa negara telah menyemak semula tempoh kuarantin wajib masing-masing.

"United Kingdom, Jerman dan Belgium telah menurunkan tempoh kuarantin daripada 14 hari kepada 10 hari manakala Perancis pula telah mengambil tempoh kuarantin wajib selama tujuh hari," katanya. - Bernama

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page