top of page

Tenaga Pengajar Madrasah Dituduh 13 Pertuduhan

  • nabalunews
  • 2 minutes ago
  • 1 min read

ree

22 Disember 2025


KOTA KINABALU: Tenaga pengajar yang terlibat dalam rakaman video tular membelasah pelajar madrasah baru-baru ini, dituduh dengan 13 pertuduhan.


Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Kasim Muda berkata, proses siasatan terhadap suspek berusia 38 tahun itu telah selesai dijalankan.


Katanya, kertas siasatan kes ini telah dirujuk kepada Jabatan Peguam Negara pada 18 Disember lalu untuk tindakan selanjutnya.


“Hasil arahan yang diterima, suspek dituduh di Mahkamah pada 22 Disember, mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dengan 13 pertuduhan berasingan berkaitan kesalahan menyebabkan kecederaan.


“PDRM menegaskan pihaknya memandang serius sebarang bentuk kekerasan khususnya yang melibatkan kanak-kanak dan tindakan tegas akan diambil selaras dengan undang-undang yang berkuat kuasa,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.


Sehubungan itu, Kasim berkata, orang awam dinasihatkan agar tidak membuat sebarang spekulasi, tidak menyebarkan maklumat tidak sahih serta menghormati proses perundangan dan privasi semua pihak terlibat, khususnya mangsa.


“PDRM IPD Kota Kinabalu memberi jaminan bahawa setiap kes akan disiasat secara profesional, telus dan berlandaskan undang-undang demi kepentingan keadilan dan ketenteraman awam,” katanya.

 
 
 
photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page