Tiada gegaran di permukaan akibat gempa bumi di Laut China Selatan - MetMalaysia
top of page
  • Wartawan Nabalu News

Tiada gegaran di permukaan akibat gempa bumi di Laut China Selatan - MetMalaysia


4 April 2023

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA KINABALU: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) berkata, gempa bumi yang berlaku di Laut China Selatan awal pagi semalam tidak menghasilkan sebarang gegaran di permukaan.


Gempa bumi yang dikesan di Laut China Selatan itu berukuran 4.4 pada skala Richter dan berlaku pada pukul 3.32 pagi dengan kedalaman 611 kilometer (km) di kedudukan 6.45 Utara 115.87 Timur.


MetMalaysia dalam kenyataan hari ini berkata gempa bumi itu berada di luar zon aktif gempa iaitu di luar lingkaran api Pasifik dan berada di kawasan inactive thrust fault.


“Sehubungan itu, maklumat gempa bumi tersebut telah direkodkan dan tidak dihebahkan kepada pihak awam semalam, namun MetMalaysia akan terus menjalankan pemantauan kejadian gempa bumi,” kata kenyataan itu.


“Oleh yang demikian, gempa bumi yang berlaku di laut dengan magnitud kurang daripada lima dan kedalaman melebihi 300 km tidak memberi kesan di permukaan,” tambahnya.


Semalam, tular dalam media sosial mendakwa satu kejadian gempa bumi berlaku di Laut China Selatan kira-kira 53 km dari Kota Kinabalu.


Namun, tiada laporan mengenai kerosakan atau kecederaan akibat gempa bumi itu diterima oleh pihak berkuasa setakat ini.

photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page