TIANWEN-1 BAKAL MENDARAT DI MARIKH PERTENGAHAN TAHUN INITIANWEN-1 BAKAL MENDARAT DI MARIKH PERTENGAHAN TAHUN INI
top of page
  • nabalunews

TIANWEN-1 BAKAL MENDARAT DI MARIKH PERTENGAHAN TAHUN INI



5 Mac 2021


BEIJING: Tianwen-1, prob penyelidikan pertama China bagi misi eksplorasi Marikh dijangka mendarat di planet Marikh sekitar Mei atau Jun depan untuk menjalankan misi seterusnya.


Ketua Pengarah Jawatankuasa Sains dan Teknologi Kumpulan Sains dan Teknologi Aeroangkasa China (CASC), Bao Weimin berkata pelancaran misi angkasa lepas China pada tahun ini dijangka melebihi 40 kali.


Pada Khamis, Pentadbiran Angkasa Kebangsaan China (CNSA) mengeluarkan tiga foto ultra tinggi planet Marikh yang diambil prob Tianwen-1 iaitu dua daripadanya gambar hitam putih dan satunya berwarna.


Beliau merangkap anggota Majlis Mesyuarat Politik Rakyat China (CPPCC) turut memberitahu saintis China akan menjalankan penyelidikan terhadap foto tersebut.


Menurutnya, Tianwen-1 sedang bergerak dalam orbit planet merah itu dengan kelajuan 4.8 kilometer sesaat dan beroperasi secara normal.


Beliau berkata demikian dalam sesi wawancara bersama anggota CPPCC yang menghadiri sidang tahunan CPPCC secara maya di Dewan Besar Rakyat Beijing.


Bao memaklumkan setakat ini, pelbagai negara telah menjalankan aktiviti eksplorasi di Marikh sebanyak 47 kali, antaranya Amerika Syarikat 22 kali dan Rusia 20 kali.


Walaupun, China lambat menjalankan aktiviti ini berbanding negara lain, namun Tianwen-1 dimulakan pada tahap tinggi, efisien dan dengan pelbagai inovasi.


China ikhlas dan terbuka untuk bekerjasama dengan dunia bagi mencapai situasi sama menang, berjuang bersama mengeksplorasi ruang angkasa di samping membina komuniti berkongsi nasib. - Bernama

bottom of page