top of page

Tidak Wajar Salahkan Hanya Dua Pemimpin Dalam Tuntutan 40 Peratus.

  • nabalunews
  • 37 minutes ago
  • 2 min read

Rowindy
Rowindy

10 April 2026


KOTA KINABALU: Kenyataan Naib Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Sabah, Eldridge Laurence Timis, yang menyarankan agar Datuk Ewon Benedick dan Datuk Seri Wilfred Madius Tangau meletakkan jawatan kononnya kerana gagal dalam isu tuntutan 40 peratus hasil Sabah adalah tidak wajar.


Timbalan Setiausaha Penganjur UPKO Malaysia, Rowindy Lawrence, berkata tindakan menyalahkan hanya dua individu dalam isu yang kompleks serta melibatkan kepentingan seluruh rakyat Sabah itu tidak rasional.


Menurutnya, mengapa isu itu hanya disandarkan kepada dua individu, sedangkan ia melibatkan seluruh rakyat Sabah tanpa mengira latar belakang politik.

Ewon Kemukakan Mekanisma
Ewon Kemukakan Mekanisma

“Semua pihak di negeri ini seharusnya bersatu dalam memperjuangkan hak Sabah demi masa depan wilayah ini.


“Amat mendukacitakan apabila mereka yang lantang dan konsisten bersuara pula dipersoalkan,” katanya ketika diminta mengulas mengenai kenyataan Eldridge yang juga Ketua AMK PKR Penampang.


Rowindy berkata, tuntutan 40 peratus hasil negeri merupakan tanggungjawab bersama semua pihak, termasuk pemimpin muda seperti Eldridge sendiri.

Rombongan UPKO (Januari 2024)
Rombongan UPKO (Januari 2024)

“Daripada mengeluarkan kenyataan sedemikian, adalah lebih wajar untuk beliau turut menyumbang idea serta mencari penyelesaian konstruktif agar isu ini dapat ditangani secara berkesan,” katanya.


Sementara itu, Rowindy berkata, usaha ke arah penyelesaian isu tersebut telah pun digerakkan melalui pelbagai pendekatan oleh kedua-dua pemimpin berkenaan.


“Saya masih ingat pada 9 Januari 2024, saya menyertai rombongan Presiden UPKO dalam mengemukakan cadangan mekanisme pembayaran 40 peratus kepada Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.

“Dalam pertemuan itu, Presiden UPKO mengemukakan cadangan mekanisme pembayaran semula 40 peratus hasil persekutuan yang dikutip di Sabah, selaras dengan Perkara 112C Perlembagaan Persekutuan.


“Malah sebelum itu, UPKO juga telah mengadakan sesi perbincangan meja bulat pada 19 Disember yang melibatkan pakar-pakar dalam bidang berkaitan bagi memperhalusi cadangan mekanisme tersebut,” katanya.


Sehubungan itu, Rowindy menegaskan, pendekatan menyalahkan mana-mana individu tanpa usaha mencari jalan penyelesaian bersama adalah tidak matang serta tidak membantu dalam memperjuangkan hak Sabah.

photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page