top of page

Tiga kereta rosak dihempap pokok tumbang

  • nabalunews
  • Sep 24, 2024
  • 1 min read



24 September 2024


TAWAU: Tiga kereta rosak selepas sebuah garaj dihempap pokok tumbang di Kampung Tanjung Batu Laut, di sini, pagi tadi.


Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tawau, Jemishin Ujin berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu jam 7.05 pagi tadi.


Katanya, sepasukan lapan pegawai dan anggota bersama sebuah jentera dari BBP Tawau digerakkan ke lokasi kejadian yang terletak 5 kilometer dari balai untuk melakukan operasi mengalihkan pokok tumbang berkenaan.


“Sebaik tiba, pasukan bomba mendapati tiga buah kereta yang parkir di sebuah garaj mengalami kerosakan akibat dihempap pokok tumbang.


“Pasukan bomba terus menjalankan operasi memotong dan mengalihkan pokok tumbang berkenaan menggunakan gergaji berantai,” katanya dalam kenyataan hari ini.


Menurutnya, insiden pokok tumbang itu hanya membabitkan kerosakan kereta sahaja, tiada kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan berlaku.


“Pasukan bomba menjalankan pemeriksaan akhir bagi memastikan lokasi kejadian selamat, sebelum operasi ditamatkan pada jam 10 pagi,” katanya.

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page