Tiga lagi kluster pendidikan di kesan di Sabah hari ini
top of page
  • Wartawan Nabalu News

Tiga lagi kluster pendidikan di kesan di Sabah hari ini


9 Februari 2022

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA KINABALU: Tiga lagi kluster Covid-19 baharu meilbatkan institusi pendidikan telah dikesan di Beluran, Keningau dan Kinabatangan hari ini.


Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Masidi Manjun berkata bagi kluster pertama di dearah Keningau yang dikenali Kluster Access Manawo itu melibatkan pelajar asrama Institut Pelajaran dan Dakwah Islam Sabah (IPDAS) Keningau.


“Indeks kes adalah seorang pelajar perempuan berumur 21 tahun di institusi berkenaan dan mula bergejala pada 6 Februari. Beliau didapati positif setelah saringan dijalankan pada hari yang sama.

“Saringan terhadap kontak rapat di asrama yang sama juga mendapati 11 lagi kes positif menjadikan jumlah kumulatif seramai 12 orang. Semua kes dikategorikan dalam 1 dan 2 (gejala ringan), telah diasingkan dan diberi rawatan yang sesuai,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.


Sementara itu, Masidi berkata, Kluster Simpangan Paitan dikesan berlaku di SMK Simpangan Paitan, Beluran.


“Indeks kes adalah seorang pelajar perempuan yang tinggal di asrama SMK Simpangan mula mengalami simptom selesma, batuk dan sakit tekak sejak 4 Februari.


“Pelajar tersebut kemudian disaring pada 6 Febuari dan didapati positif pada hari yang sama. Saringan terhadap kontak rapat di asrama pelajar tersebut juga mendapati 22 lagi kes positif menjadikan jumlah kumulatif seramai 23 orang,” katanya sambil menambah semua kes bergejala ringan dan telah diasingkan serta diberi rawatan.


Manakala, bagi kluster ketiga yang diisytiharkan hari ini, ialah Kluster Bukit Garam di Kinabatangan dan melibatkan SMK Bukit Garam 1.


“Kes Indeks adalah seorang pelajar perempuan warganegara Malaysia berumur 18 tahun yang menjalani ujian saringan RTK-Ag di Hospital Kinabatangan pada 6 Februari setelah bergejala.


“Pelajar tersebut mula mengalami simptom sejak 28 Januari dan saringan mendapati dia positif. Beluiau kemudian telah dirujuk ke Hospital Kinabatangan.


“Saringan ke atas kontak rapat seterusnya mendapati seramai 46 orang lagi dikalangan pelajar dan kakitangan sekolah didapati positif,” ujarnya.


Sementara itu, jumlah kes harian di Sabah hari ini kini telah mencecah 3,333 kes berbanding semalam iaitu 2,069 kes.


Daripada jumlah kes harian hari ini, 185 kes berpunca daripada 30 kluster yang masih aktif dengan 22 daripada kluster ini merupakan kluster institusi pendidikan.

bottom of page