Tiga lokaliti di Sabah dikenakan PKPD mulai 8 OgosTiga lokaliti di Sabah dikenakan PKPD mulai 8 Ogos
top of page
  • Writer's pictureJacquline Ebit

Tiga lokaliti di Sabah dikenakan PKPD mulai 8 Ogos



6 Ogos 2021

Oleh Jacquline Ebit


KOTA KINABALU: Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) akan dilaksanakan di tiga lokaliti iaitu dua di Kota Kinabalu dan satu di Ranau bermula 8 Ogos hingga 21 Ogos ini.


Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata, lokaliti-lokaliti itu ialah University Condominium Apartment 2 dan Rumah Murah Kepayan di Kota Kinabalu dan Kampung Lohan 1 di Ranau.


“Pelaksanaan PKPD di kesemua lokaliti itu dibuat setelah meneliti pembentangan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengenai penilaian risiko serta trend jangkitan Covid-19 di lokaliti berkenaan,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.


Masidi berkata, secara keseluruhannya sebanyak 155 lokaliti PKPD aktif di seluruh Sabah setakat hari ini.


“Daripada jumlah itu Kota Kinabalu mempunyai PKPD terbanyak iaitu 28 lokasi, diikuti Tawau (17 lokaliti), Penampang (16 lokaliti), Keningau (15 lokaliti), Beaufort (13 lokaliti) dan Tuaran sebanyak 11 lokaliti aktif.


“Daerah-daerah lain mempunyai PKPD aktif kurang daripada 10 lokaliti,” katanya.

photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page