Tiga lokaliti dikenakan PKPD bermula 27 Ogos iniTiga lokaliti dikenakan PKPD bermula 27 Ogos ini
top of page
  • Wartawan Nabalu News

Tiga lokaliti dikenakan PKPD bermula 27 Ogos ini



26 Ogos 2021

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA KINABALU: Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) dilaksanakan di tiga lokaliti melibatkan daerah Keningau, Kinabatangan dan Tawau bermula 27 Ogos hingga 9 September ini.


Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata, lokaliti-lokaliti tersebut ialah Kampung Kapakaan Biah, Keningau, Kampung Paris 3, Kinabatangan dan Kampung Sg Imam, Tawau.


Masidi berkata, PKPD di lokaliti berkenaan dilaksanakan setelah meneliti pembentangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengenai penilaian risiko serta trend jangkitan Covid-19.


"Secara keseluruhan, jumlah PKPD aktif setakat ini ialah 122 lokaliti, dengan bilangan tertinggi di Tawau (34 lokaliti), Kota Kinabalu (19 lokaliti), dan Kota Belud (13 lokaliti)," katanya dalam kenyataan media, hari ini


Beliau berkata, kerajaan juga memutuskan untuk melanjutkan PKPD di Taman Puri Warisan, Inanam, Kota Kinabalu.


“PKPD di lokaiti itu sepatutnya dijadualkan tamat pada 27 Ogos, namun dilanjutkan sehingga 10 September ini.


“Berdasarkan analisa oleh KKM mengenai risiko serta trend jangkitan Covid-19, PKPD di lokaliti berkenaan dilanjutkan,” katanya

photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page