top of page

Tiga Positif Dadah dalam Ops Tapis Bahagian Narkotik Sandakan

  • nabalunews
  • 2 hours ago
  • 1 min read

Oleh : Romie Stanley DGuns


19 Mei 2026


SANDAKAN: Pasukan Operasi Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah (BSJND) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sandakan telah menahan tiga individu kerana terlibat dengan kesalahan dadah dalam Ops Tapis yang dijalankan selama 5 jam 30 minit bermula jam 11. 30 pagi hingga 5.00 petang semalam.


Ketiga-tiga suspek terdiri daripada dua lelaki dan seorang perempuan. Seorang lelaki ditahan mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 kerana memiliki dadah jenis Syabu, manakala seorang lelaki dan seorang perempuan lagi ditahan kerana disyaki terlibat dalam penagihan dadah berbahaya.


Semua suspek dibawa ke Pejabat BSJND IPD Sandakan untuk ujian saringan awal air kencing. Hasil ujian mendapati kesemua mereka positif dadah, lalu disiasat di bawah Seksyen 15(1)(a) ADB 1952. Mereka kini direman di Lokap IPD Sandakan untuk tindakan lanjut.

Operasi berskala di sekitar Taman Bahagia, Kampung Sim-Sim dan Bandar Sandakan ini merupakan sebahagian daripada tekad Ketua Polis Daerah Sandakan, Asisten Komisioner Polis (ACP) George Abd Rakman, untuk membenteras jenayah dadah di Daerah Sandakan.

 
 
 
photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page